Kesan persempadanan kawasan berdasarkan kajian linguistik bandingan (The effects of area demarcation based on comparative linguistic studies)

N. Habibah C.R, Rahim Aman, Shahidi A. H

Abstract


Pengaruh faktor sejarah dan persempadanan negara menjadikan kawasan di Hulu Perak Utara (HPU) didiami oleh masyarakat Melayu Patani yang menuturkan dialek Patani. Berdasarkan dapatan kajian lepas, kesan persempadanan, geografi dan sejarah di HPU telah menimbulkan pelbagai varian dialek Patani di Perak. Oleh itu, kajian ini meneliti bentuk fonem purba dialek HPU dengan memanfaatkan kerangka disiplin ilmu linguistik perbandingan sejarawi. Tujuannya adalah supaya dapat memberi gambaran sebenar tentang dialek HPU. Kawasan kajian yang difokuskan adalah di sembilan buah kampung sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu Perak, yang mewakili sembilan varian HPU. Penelitian ini menerapkan kaedah kajian lapangan yang melibatkan teknik temu bual informan dan rakaman. Teknik temu bual ini didasari dengan 522 daftar kata, dan diajukan kepada informan. Kaedah rekonstruksi dalaman digunakan untuk menerangkan hipotesis bentuk purba yang dituturkan oleh masyarakat di HPU. Kesimpulannya, hasil rekonstruksi telah menunjukkan bahawa dialek Hulu Perak Utara Purba (DHPUP) ini memiliki 4 buah vokal dan 18 buah konsonan purba, yakni DHPUP memperlihatkan pengekalan secara langsung daripada vokal Melayik Purba (MP) dan pengurangan satu konsonan daripada (MP). Seterusnya hasil rekonstruksi ini juga memperlihatkan DHPUP diturunkan secara langsung ke dalam kesemua sembilan varian HPU. Kesannya persempadanan negeri yang wujud di Malaysia kini tidak dapat digunakan sebagai landasan penelitian sejarah dialek Melayu, tetapi mempunyai hubung kait dengan faktor-faktor sosial purba.

Kata Kunci: dialek Hulu Perak Utara Purba; Hulu Perak; linguistik sejarah; Patani; rekonstruksi fonem.

Historical influence and national demarcation factors have led the people in the Northern Hulu Perak (NHP) to communicate in the Patani dialect. Based on the findings of previous studies, the effects of demarcation, geography, and history in NHP had increased many variants of the Patani dialect in Perak. Therefore, this study had examined the ancient phoneme forms of the NHP dialect by utilizing the disciplinary framework of comparative linguistics to provide a better understanding of it. The study area focused on nine villages around Gerik and Pengkalan Hulu, Perak which represent nine variants of NHP. This study had applied a field study method involving informant interview and recording techniques. The interview technique was based on 522 words lists that were presented to the informants. Internal reconstruction methods were used to describe the hypotheses of ancient forms spoken by the community in the study area. In conclusion, the reconstruction results showed that the Ancient Northern Hulu Perak Dialect (ANHPD) has 4 vowels and 18 ancient consonants, whereby direct retention of the vocal and the reduction of one consonant from the Proto Melayik. Furthermore, the results also demonstrated that ANHPD was handed down directly into all nine variants. Therefore, the state demarcation in Malaysia at present cannot be used as a basis for any research on the history of Malay dialect due to their relation to the ancient social factors.

Keywords: Ancient Northern Hulu Perak Dialect; historical linguistics; Hulu Perak; Patani; phoneme reconstruction.


Keywords


Dialek Hulu Perak Utara Purba; Hulu Perak; linguistik sejarah; Patani; rekonstruksi fonem;

Full Text:

PDF

References


Abu Bakar Hamid. (1962). Sedikit Mengenai Fonologi Dialek Perak. Dewan Bahasa, 5, 263-257.

Abdul Halim Nasir. (1977). Sejarah Perak: siri pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara.

Adeelar, K. A. (1992). Proto-Malayic: The Reconstructions of Phonology and Parts of Its Morphology and Lexical. Pacific Linguistic, Series C-119. Canbera: The Australia National University.

Asmah Haji Omar. (2015). Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ajid Che Kob. (2006). Dialektologi. Dlm. Zulkifley Hamid et al., (pynt.), Linguistik Melayu (pp.127-141). Bangi UKM.

Chambers, J. K., & Trudgill, P. (1990). Dialektologi. Terj. Annuar Ayob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Monograf 8, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM. Bangi: Penerbit UKM.

Collins, J. T (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T (1999). Negeri dan Bahasa: Sempadan Politik, Sempadan Linguistik. Dlm. Wan Hashim Wan Teh & Daniel Perret (pnyt.), Di Sekitar Konsep Negeri. Kementeriaan Kebudayaan & Pelancongan Malaysia. ATMA UKM dengan kerjasama Kedutaan Besar Perancis di Malaysia.

Crowley, T. (2010). An Introduction to Historical Linguistics. Auckland: Oxford University Press.

Harun Mat Piah. (1983). Dialek Perak: Satu Tinjauan Ringkas. Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan & Pengajian Kebudayaan. Jabatan Kebudayaan Belia & Sukan Negeri Perak (pp. 20-23). Ipoh, Perak.

Ismail Hussein. (1973). Malay Dialects in Peninsular. Nusantara, 3, 63-79.

Maxwell, Wiliam Edward. (1882). A Journey on foot to the Patani Frontier in 1876, being a journal kept during an expedition undertaken to capture Datoh Maharaja Lela of Perak. JMBRAS, (9), 1-67.

Mohamad Firdaus Azaharuddin, Shahidi A. Hamid & Rahim Aman. (2020). Pemetaan variasi Fonologi dan Leksikal dialek Hilir Perak. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Zamberi A. Malek. (1993). Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik. Shah Alam: HIZBI.

Nuwairi, (2003). Dialek: Taburannya di Negeri Perak daripada Perspektif Dialektologi. Jurnal

Pengajian Melayu. (13), 88-99.

Nur Habibah. (2014). Dialektologi Geografi Hulu Perak Utara: Perbandingan Fonologi dan Leksikal. Tesis Ijazah Sarjana. Jabatan Pengajian Melayu, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 310-330.

Raja Mukhtaruddin. (1986). Dialek Perak. Ipoh: Yayasan Perak.

Rohani Mohd. Yusof. (1986). Subdialek Kuala Kangsar: Satu Kajian Perbandingan Fonologi. Tesis Sarjana, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Roslelawati Abdullah. (2017). Industri Bijih Timah. Dlm. Mohamad Rashid Pakri & Nik Haslinda Nik Hussain (pnyt.) Klian Intan Perlombongan Bijih Timah dan Perkembangan Sosioekonomi, hlm. 8-23. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Siti Noraini Hamzah, Norhashimah & Zaharani. (2017). Migrasi masyarakat luar dan pengaruh dialek di Perak: Analisis Geolinguistik. Jurnal Bahasa, 17(1), 1-34.

Zaharani Ahmad. (1991). The Phonology and Morphology of Perak Dialect. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/geo-2021-1704-04

Refbacks

  • There are currently no refbacks.