Impak pembukaan jajaran Sematan-Telok Melano ke atas sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat di Telok Melano (The social, cultural, and economic impact of the Sematan-Telok Melano route on the Telok Melano community
Abstract
Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan sebuah projek mega yang mula dilaksanakan pada tahun 2015, di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Jajaran lebuh raya ini bermula dari Tawau (Sabah) hingga ke Telok Melano (Sarawak). Kini jajaran untuk bahagian Sematan-Telok Melano telah pun dibuka pada Januari 2019. Makalah ini tertumpu pada menganalisis impak pembukaan jajaran tersebut kepada aspek sosiobudaya dan sosioekonomi penduduk di Telok Melano. Tinjauan pustaka mendapati bahawa Telok Melano asalnya merupakan sebuah enklaf terasing dan kajian-kajian lepas hanya melaporkan keadaan sosioekonomi dan masyarakat sebelum tahun 2019. Susulan pembukaan jajaran baharu ini, masyarakat tempatan mula berinteraksi secara aktif dengan luar dan sektor ekopelancongan semakin berkembang. Namun demikian, belum ada kajian ilmiah terkini yang menjurus pada perubahan-perubahan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara dan pemerhatian ikut serta untuk memperoleh data kualitatif. Seramai 20 orang responden telah diwawancarai untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa pembukaan jajaran ini telah mempertingkatkan infrastruktur asas terutamanya bekalan elektrik dan air, serta sekaligus membangunkan industri ekopelancongan di kawasan Telok Melano. Dalilnya dapat ditinjau pada kajian kes ke atas program perusahaan inap desa di kawasan ini. Sesungguhnya, perusahaan ini telah mengalami transformasi yang drastik dengan kemudahan asas ini. Dari segi impak ke atas sosiobudaya, kajian ini mendapati bahawa isu keterhakisan budaya adalah suatu fenomena yang berterusan dan telahpun berlaku sebelum adanya jajaran baharu ini. Namun demikian, selepas pembukaan jajaran ini, proses keterhakisan bertambah rancak dan cepat. Secara ringkas, kajian ini telah berjaya merungkai tahap awal perubahan sosioekonomi dan sosiobudaya masyarakat Telok Melano selepas jalan darat baharu ini siap dibina.
Kata Kunci: Impak, jajaran Sematan-Telok Melano, Lebuh Raya Pan Borneo, sosiobudaya, sosioekonomi
The Pan Borneo Highway project, which was implemented in 2015, is a mega development project under the 11th Malaysia Plan. The route of the highway stretches from Tawau (Sabah) to Telok Melano (Sarawak). In recent progress, the construction of the Pan Borneo Highway from Sematan to Telok Melano has achieved completion in January 2019. This paper focuses on the analysis of the impact of this new route on the villagers in Telok Melano in terms of sociocultural and socioeconomics. Based on previous studies, it is learnt that Telok Melano was an isolated area and all the studies concerning this area were done before the accomplishment of this project. After launching this new route, the locals began to interact actively with the outsiders and further enhanced eco-tourism in this area. Nevertheless, the impact of this change remains unstudied. The qualitative data for this research was collected by utilising the techniques of face-to-face interviews and participant observation. Altogether, 20 respondents were interviewed in the field. This study found that the opening of the Sematan-Telok Melano route has initially introduced basic infrastructure, especially electricity and water supply, as well as developed the eco-tourism industry in Telok Melano. This can be proved by the case study on the homestay programme in this area. In fact, this homestay programme operated in this area has undergone a drastic transformation with the equipment of basic infrastructure. In terms of the impact on sociocultural, this study revealed that cultural erosion is an ongoing phenomenon and has happened before the existence of this new route. Nevertheless, the opening of this route has accelerated the process of cultural erosion. In short, this study has successfully depicted the early stages of socioeconomic and sociocultural changes in Telok Melano after the construction of this new road system.
Keywords: Impact, Sematan-Telok Melano route, Pan Borneo Highway, sociocultural, socioeconomic
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Dewi, S. (2017). Perubahan sosial budaya transportasi air menjadi transportasi darat akibat pembangunan jalan: Studi deskriptif di Kecamatan Sukasari Kabupaten Purwakarta. Tesis Diploma. UIN Sunan Gunung Djati Bandung.
Hasnah, H. (2009). Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia. Jurnal UMP Sains Sosial & Pengurusan Teknologi, 1(1),13-22.
Indraddin, & Irwan. (2016). Strategi dan perubahan sosial. Yogjakarta: Deepublish Publisher.
Ishikawa, N. (2010). Between frontiers: Nation and identity in a Southeast Asian Borderland. Singapore: NUS Press.
Johan, A.I., & Mohamad Zaki, A. (2009). Program homestay pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar, kajian kes: Negeri-negeri utara semenanjung Malaysia. Prosiding Perkem IV, Jilid 2, 227-242.
Liew, Elvin Siaw Tat. (2018). Cabaran yang dihadapi oleh Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. sepanjang pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Yusof Abdullah, Suhaila S., Junaenah S., Noor Rahamah A.B., Abd. Hair A., & Ong Puay Liu. (2016). Memahami kesepaduan sosial di sempadan menerusi lensa komunikasi. Jurnal Komunikasi, 32(1), 455-467.
Nazaruddin, H. (2003). Tourism planning at the local level: A case study of Lundu-Sematan, Sarawak, Malaysia. Tesis Master. Lincoln University, New Zealand.
Neilson, I.M., Wong Kee Kiong, Mohd Azizul H.J., Peter, S., Spencer, E.S., Ahi, S., & Mohd. Suhaidi S. (2018). Penggunaan sumber asli dan kearifan tempatan di kampung Telok Melano dan kampung Telok Serabang di Lundu: Satu pemerhatian. Dlm. Nazarudin Zainun & A.S Hardy Shafii (ed.). Nusantara daripada pelbagai perspektif kearifan tempatan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nor Shuhada, N.M.N, Nurul Syafiqah, N.A., Siti Nur Qamarina, Y., Wan Hafiza, W.A., & Wan Nur Aida, W.Y. (2019). Homestay Telok Melano, Sematan. URL: https://www.academia.edu/39072909/HOMESTAY_TELOK_MELANO_SEMATAN.
Rosniza, A.C.R., & Valentino, K.I. (2020). Impak sosioekonomi Lebuh Raya Pan Borneo terhadap komuniti tempatan. Akademika, 90(1), 123-136.
Wadley, R.L. (1998). The road to change in the Kapuas Hulu borderlands: Jalan Lintas Utara. Borneo Research Bulletin, 29, 71-94.
Mohammed Azlan Mis. (2010). Lingua franca di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 10(2), 97-116.
Yusriadi, & Ismail Ruslan. (2015). Temajuk, sempadan di ekor Borneo. Pontianak: Lembaga Penerbitan STAIN Press.
Yusriadi. (2014). Sejarah dan perkembangan orang melayu di Riam Panjang Kalimantan Barat. Jurnal Khatulistiwa, 4(2), 148-168.
Refbacks
- There are currently no refbacks.