Amalan Angkikiat masyarakat Murut Paluan di Sabah (The Angkikiat practice among the Murut Paluan of Sabah)

Muhamed Syafiq Salleh, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Murut Paluan adalah salah satu sub etnik kaum Murut di Daerah Nabawan, Sabah yang mengamalkan tradisi perkahwinannya yang tersendiri. Upacara inasi merupakan proses akhir dalam adat perkahwinan masyarakat Murut Paluan yang juga disebut sebagai pemberian  terakhir. Terdapat beberapa acara dalam amalan inasi dan salah satunya adalah acara angkikiat yang mengandungi nilai seni persembahan yang signifikan. Artikel ini bertujuan mengupas proses angkikiat dengan mengaplikasi konsep ‘the nest’ dalam teori Persembahan oleh Richard Schechner. Sebuah kajian asas dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajian. Temu bual pula dipilih sebagai kaedah utama bagi memperolehi data. Pada masa yang sama analisis kandungan dilaksanakan untuk meneliti gambar foto dan rakaman video acara angkikiat. Informan utama kajian ini ialah penyimpan adat dan budaya Murut Paluan yang berumur lebih dari 50 tahun dan ahli masyarakat yang mengamal serta menganjurkan acara tersebut. Dapatan kajian ini adalah, acara angkikiat adalah ‘metacommentary’ terhadap pandang dunia masyarakat Murut Paluan tentang nilai kekeluargaan. Keunikan angkikiat adalah persembahan mencari pengantin perempuan yang berfungsi sebagai pembuka bicara antara kedua keluarga yang terlibat. Acara ini juga membuktikan nilai yang diletakkan oleh masyarakat ini terhadap kerjasama, sokongan kewangan dan maruah keluarga melalui amalan angkikiat dalam upacara inasi. Selain itu, ia juga memaparkan komitmen masyarakat ini dalam memastikan pemeliharaan amalan tradisi mereka.

 

Murut Paluan is a sub ethnic in the Murut society in Nabahawan, Sabah that practices a very unique wedding tradition. The inasi ceremony is the final process in the Murut Paluan wedding custom also referred to as the last gift presentation. There are several events in the inasi ceremony and one of it is the angkikiat that contains significant performance value in it. This article aims to explain the angkikiat process in the inasi ceremony. Therefore, a fundamental research with qualitative methods was designed to collect this study’s data . The interview was the main instrument, besides in-depth observation on photos and videos of previous angkikiat events. The main informant for this study was over 50 years old, Murut Paluan customs and culture beholder. The other informants were Murut Paluan comunity members with experience in participating and organizing the event. The “nest” concept in Richard Schechner’s Performance theory was applied as the analysis framework for this study. The findings of this study is that the angkikiat event is the “metacommentary” of the Murut Paluan community’s world view on the value of family. The uniqueness of angkikiat is identifying the bride event that serves as an ice breaker among two families. Angkikiat in inasi also proves the value placed on collaboration, financial support and family dignity among members of the Murut Paluan community. It also proofs the commitment of this community in ensuring the preservation of their tradition.

Keywords : angkikiat, inasi, Murut Paluan, marriage, performance, Sabah


Keywords


angkikiat; inasi; Murut Paluan; perkahwinan; persembahan; Sabah

Full Text:

PDF

References


Borham, A. H., Abdullah, W. H., Rahim, M. M. A., & Kamaruzaman, M. A. (2016). Metod dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman suku kaum masyarakat Murut di pedalaman Sabah. Al-Hikmah, 8(2), 60-80.

Chong Sui Kim & Doretty Sikuat. (2020). Murut Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Perpustakaan Negeri Sabah.

Ismail Ibrahim. (2012). Warisan Motif & Corak Murut. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Jacquelina Karimon. (2020). Upacara inasi masyarakat Murut Paluan di Sabah. Kota Kinabalu, Sabah. Temu Bual. 20 Disember.

Jesilda Paulus. (2021). Acara Angkikiat dan Agiruandu dalam upacara inasi Murut Paluan. Nabawan, Sabah. Temu Bual. 10 Jun.

Joseph Majilon. (2021). Pelaksanaan upacara inasi dalam masyarakat Murut Paluan Sabah. Nabawan, Sabah. Temu Bual. 5 Jun.

Karimon, J., & Saiful Bahri Md Razi. (2020) Mitos asal-usul: Aki Kinapuno pentadbir agung Murut Paluan. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 3(2), 64-76.

Karimon, J., & Saiful Bahri Md Razi. (2021). Merungkai rahsia mistik kehidupan etnik Murut Paluan dalam mitos tumbuhan. International Journal of The Malay World and Civilisation, 9(1), 81-96.

Lokin, S. A. H. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Mariappan, K., & Porodong, P. (2012). Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Mat Zin Mat Kib. (2003). Kristian di Sabah 1881-1994. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Min, T. M., & On, L. K. (2019). Signifikan budaya mengayau dan ritual dalam persembahan Lansaran. Jurnal Gendang Alam (GA), 9, 57-83.

Mohad, A. H., Gill, S. S., Talib, A. T., & Kunasekaran, P. (2016). The Murut Tahol culture in Sabah: The historical journey and challenges. Asian Culture and History, 8(2), 106-106.

Mohad, A. H. (2005). Tajau dan peranannya dalam budaya masyarakat Murut di Tenom, Sabah. Jurnal Peradaban Melayu, 3, 61-69.

Normadiah, N., Low, K. O., Ismail Ibrahim & Supyan, H. (2017). Unsur kepercayaan dan kearifan tempatan dalam memorat perubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah. KEMANUSIAAN: The Asian Journal of Humanities, 24(2), 59–88.

Nur Afifah Vanitha Abdullah, Zubir Idris & Shaiful Bahari Md. Razi. (2018). Persembahan ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan. Dalam Nur Afifah & Y. Yusmiyati, Etos dan ekspresi budaya Melayu (ms. 55-71). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Afifah Vanitha Abdullah. (2021). Gong dalam kehidupan golongan aristokrat Sebup, Kenyah di Sarawak. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 17(2), 286-297.

Pugh-Kitingan, J. (2012). Murut. Dalam Mariappan, K. & Porodong, P., Murut dan pelbagai etnik kecil lain di Sabah. (ms. 23-107). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Rapieh Barusik. (2020). Proses pelaksanaan upacara inasi masyarakat Murut Paluan, Sabah. Nabawan, Sabah. Temu Bual. 22 Mac.

Schechner, R. (2003). Performance theory. New York: Routledge.

Schechner, R. (2013). Performance studies: An introduction. New York: Routledge.

Suhaimi Magi. (2018). Tarian Magunatip Etnik Nabai Dan Paluan: Daripada Permainan Tradisional Ke Persembahan Pentas Kini. Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Sabah.

Woolley, G. C. (1936). Some Murut hunting customs. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 14(126), 307-313.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.