Literasi pembelajaran berasaskan masalah dalam kalangan guru Geografi di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia (Problem-based learning literacy among Geography teachers in Dungun district, Terengganu, Malaysia)

Nasir Nayan, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Hanifah Mahat, Haznurhafiqa Samsuddin

Abstract


Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) kini menjadi salah satu elemen penting dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) di sekolah dalam Malaysia. Guru-guru diperlengkapkan dengan kaedah PdPc ini seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPMM) 2013-2025 dengan menekankan kepada penyelesaian masalah. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan, sikap dan kemahiran PBM dalam kalangan guru Geografi di daerah Dungun, Terengganu. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel kajian adalah 59 orang guru Geografi dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis yang digunakan adalah deskriptif, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (M=3.58, SP=0.71) iaitu tahap sederhana, sikap (M=3.88, SP=0.43) dan kemahiran (M=3.87, SP=0.47) berada pada tahap tinggi. Keputusan ujian ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan (F=.205, p=.893), sikap (F=1.893, p=.141) dan kemahiran (F=1.670, P=.184) guru Geografi terhadap PBM berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara pemboleh ubah pengetahuan dengan sikap (r=.665, p=.000), sikap dengan kemahiran (r=.746, p=.000), pengetahuan dengan kemahiran (r=.579, p=.000). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tetapi tahap sikap dan kemahiran yang tinggi terhadap PBM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil kira dapatan daripada kajian ini dalam merangka pembangunan literasi PBM untuk semua mata pelajaran.

Kata kunci: Amalan, kemahiran, pendidikan, pengetahuan, sekolah

Problem-based learning (PBL) is the important elements in learning and facilitation (LaF) in schools in Malaysia. Teachers are equipped with the LaF method as outlined in the Malaysian Education Development Plan (PPMM) 2013-2025, emphasizing problem-solving. This article aims to identify the level, differences, and relationships between the variables of knowledge, attitudes, and skills of PBL among Geography teachers in the district of Dungun, Terengganu. A quantitative approach with a survey design using a questionnaire instrument was used in this research. The study sample was 59 Geography teachers using a simple random sampling technique. The analyses used were descriptive, ANOVA, and Pearson Correlations. The findings showed that the level of knowledge (M = 3.58, SP = 0.71) which is moderate level, attitude (M = 3.88, SP = 0.43) and skills (M = 3.87, SP = 0.47) are at a high level. The results of ANOVA test showed that there was no significant difference between the level of knowledge (F = .205, p = .893), attitude (F = 1.893, p = .141) and skills (F = 1.670, P = .184) of Geography teachers to PBM based on teaching experience. Pearson correlation analysis showed that there was a strong positive significant relationship between the variables of knowledge with attitude (r = .665, p = .000), attitude with skills (r = .746, p = .000), knowledge with skills (r =. 579, p = .000). In conclusion, this study shows that teachers have a moderate level of knowledge but a high level of attitudes and skills towards PBM. The Ministry of Education Malaysia (MOE) needs to consider the findings from this study in formulating the development of PBM literacy for all subjects.

Keywords: Practices, skills, education, knowledge, school


Keywords


Amalan, kemahiran, pendidikan, pengetahuan, sekolah (Practices, skills, education, knowledge, school)

Full Text:

PDF

References


Abdull Sukor, S., Mohd Izam G., Nurahimah, M.Y., & Mohd Isha, A. (2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa praktikum. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 599-608. http://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.531

Aminah, J., & Christina, G. K. H. (2020). Influence of teaching experience in knowledge, motivation and implementation of STEM teaching and learning. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 10(2), 45-56. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol10.2.5.2020

Anita, I., & Zuraidah, A. (2018). Kepemimpinan Instruksional pengetua seberang perai Selatan Pulau Pinang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1), 72-94.

Emerteh, J. (2018). Penyerapan pemikiran inventif dalam pengajaran guru bahasa melayu sekolah rendah dan sekolah menengah berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan kategori sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 39-47.

Farah Adlina, M. (2019). Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 33-46.

Geoffrey, R., N., & Henk G., S. (2016). Effectiveness of problem-based learning curricula: Theory, practice and paper darts. Medical Education, 50(8), 793-797. https://doi.org/10.1111/medu.12800

Ghazali. D., & Sufean, H. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian. (Ed. 2). Penerbit Universiti Malaya.

M. Kaviza. (2018). Pengalaman mengajar atau latihan professional guru dalam mempengaruhi penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam mata pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah. Journal of Social Science (EJOSS), 4(1), 40-47.

Mohd Zainal, A. C. M., Mohd Aminuddin, A. R., Loh S. C., & Zaharah H. (2018). Hubungan sikap terhadap efikasi kendiri guru pelatih pendidikan khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Jurnal Pendidikan Tempawan, 7(35), 58-67.

Mursyida. A., & Norshidah, M. S. (2021). Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pengajaran modular di sekolah rendah daerah Hulu Langat, Selangor. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 3(1), 92-106.

Nurazizah Maarup & Harun Baharudin. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif Abad ke-21 Isim Al-‘Adad Wa Al-Ma’dud di Sekolah Menengah. Nik, M., Baharudin, Y. D. H. B., Azmi, M. B., Suboh, Z. B., Shamshir, S. S.B. M., Abd Ghani, F. S. B. & Suhaimi, N.B. (Eds). Kolokium Pendidikan Bahasa Arab 2016 (Kobar 16), 281-299.

Nor Amalina, A. H., & Zanaton, I. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru terhadap pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam mata pelajaran Sains. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN). 72-88. Diperoleh daripada http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2018/08/8-NOR-AMALINA-BT-AB-HAKIM.pdf

Nor Kalsum M. I. (2016). Pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar UPSI terhadap prinsip-prinsip kampus lestari. Jurnal Perspektif Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8(1), 29-41.

Norazizah, A., & Azita, A. (2017). Tahap kesediaan guru pelatih reka bentuk dan teknologi terhadap pengajaran mata pelajaran reka cipta. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1), 1-16. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4763

Norlizah, M. A., & Fadzilah, A. R. (2016). Sikap guru bahasa Melayu terhadap pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam pengajaran dan pembelajaran di daerah Petaling Perdana. International Journal of Education and Training, 2(2), 1-8.

Nur Fatahiyah, M. H., & Siti Nur Diyana, M. (2020). Kesediaan guru sains dan matematik dalam melaksanakan Pendidikan Stem dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman mengajar. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara, 90(3), 85-101.

Pokirthanan, S., Mohd Faiz, M. Y., & Hapini, A. (2019). Hubungan Antara Sikap Dengan Kemahiran Pemimpin Skolah Terhadap Penggunaan ICT Dalam Pengurusan Sekolah Di Sekolah Rendah Daerah Kulim/Bandar Baharu. Journal of Educational Reseacrh and Indigenous Studies, 2(1), 1-15.

Rowen, T. M., Nor Suriya, A. K., Nur Hamiza, A., Rawdah, A. T., Noor Wahida, M. J., & Vicky, E. A. K. (2021). Tahap kesediaan guru pelatih matematik UPSI dalam melaksanakan PAK21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(1), 82-91.

Siti Shuhaidah, A. L., Ramlah, H., & Abdullah, M. R. (2014). Hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran konstekstual. Sains Humanika, 2(4), 1-5.

Sofiana, H., & Zamri, M. (2019). Hubungan faktor pengetahuan kemahiran abad ke-21 dengan faktor umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu di daerah Sibu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(2), 37-43.

Surya, A. A. K., & Ying, L. L. (2021). Pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam institusi pendidikan teknikal. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP), 3(1), 22-41.

Yee, M. H., Kong, H. P., Siti Khairiah, S., Tee, T. K., & Mimi, M. M. (2018). Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah di politeknik. Online Journal for TVET Practitioners. Special Issue, 1-14. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4799

Zamri, M., & Jamilah, H. (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan komsas. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 41-50. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.4.20


Refbacks

  • There are currently no refbacks.