[ms] Book Review: A World Without Islam

Authors

  • Badlihisham Mohd Nasir Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru Johor Darul Takzim
  • Nurul Widyamirza Sujan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan

Abstract

Di tengah-tengah suasana chaotic ini, Graham E. Fuller (seterusnya Fuller), iaitu bekas Pegawai Kanan di Majlis Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat dan dianggap sebagai pakar mengenai masalah Timur Tengah melalui pengalaman kerjayanya di Rand Corporation, telah mencetuskan beberapa persoalan berhubung fenomena tersebut menerusi penulisan beliau, A World Without Islam (2010). Antaranya ialah seperti: bagaimanakah keadaan dunia sekiranya Islam tidak wujud langsung?; apakah dunia tanpa Islam merupakan sebuah dunia yang berbeza daripada dunia hari ini?; adakah tanpa kelahiran Nabi Muhammad SAW dan penyebaran agama Islam hampir ke ¾ bahagian dunia sejak abad ke-7M akan menjadikan dunia hari ini sebuah dunia yang lebih baik?; serta bagaimana pula keadaan dunia tanpa Kristian, Yahudi dan sebagainya? Bagi sesetengah pihak, ia merupakan jawapan kepada kehidupan yang selesa, tiada pertembungan ketamadunan, tiada istilah jihad, tiada pencerobohan dan tiada pengganas. Semua persoalan ini dirungkai secara intensif oleh penulis melalui 14 bab yang dibahagikan kepada tiga bahagian utama dalam penulisan beliau.

Downloads

Published

2017-11-08

Issue

Section

Book Reviews