[ms] Book Review: Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia (Teaching and Learning Theory of Arabic Language in Malaysian Religious Secondary School)
Authors
Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Noorsafuan Che Noh
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Abstract
Buku yang berjudul Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia ini amat menarik untuk diteliti isi kandungannya kerana ia membincangkan perihal pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab secara khususnya. Buku ini ditulis oleh Ahmad Kilani Mohamed, seorang sarjana prolifik yang turut menghasilkan karya penulisan lain seperti Pembangunan Modal Insan menurut Perspektif al-Quran (2013, bersama Yahaya Jusoh), Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam: Cabaran terhadap Wanita Islam Masa Kini (2008, bersama Siti Norliana Muhamad, Abdul Hafiz Abdullah dan Maznah Ali) dan juga Pengurusan Pendidikan di Sekolah: Huraian nenurut Perspektif Islam (2003). Selain menghasilkan karya asli, penulis turut menghasilkan karya akademik lain seperti artikel ilmiah dalam penerbitan jurnal dan juga karya terjemahan. Ini membuktikan penulis amat berpengalaman dalam dunia penulisan dan ini dibuktikan dengan penghasilan karya-karya yang pelbagai, bukan sahaja dalam bidang pendidikan bahkan karya dalam bidang pengajian Islam.