Pendefinisian Pluralisme Agama dalam Konteks Malaysia
Authors
Nur Farhana Abdul Rahman
Khadijah Khambali@Hambali
Nur Solehah Shapiee
Nur Ashilah Kahar
Keywords:
Pluralisme Agama, Kepelbagaian Agama, Kesatuan Kebenaran Agama, Malaysia, Islam
Abstract
Istilah “Pluralisme Agama” yang digunakan dalam Bahasa Melayu sering menimbulkan kontroversi dalam kelompok pemikir dan ahli politik. Sebahagian pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada religious plurality iaitu kepelbagaian agama, manakala sebahagian lagi pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada istilah religious pluralism yangmembawa kepada kecenderungan kesatuan kebenaran agama. Pemahaman di antara kepelbagaian agama dan kesatuan agama menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Muslim khasnya kecelaruan makna istilah-istilah tersebut berkait dengan kedudukan agama Islam yang memiliki kebenaran yang nyata. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan garis panduan asas dalam mencari limitasi antara pengiktirafan kepelbagaian agama atau kesatuan kebenaran agama.Hasil awal kajian mendapati terdapat empat persoalan asas yang boleh digunakan untuk menjadi antara asas saringan untuk membezakan pemikiran yang membawa kepada pengiktirafan kepelbagaian agama atau pengiktirafan kesatuan kebenaran agama iaitu melalui pandangan mereka terhadap punca kewujudan agama, padangan terhadap peranan dan kedudukan agama-agama lain, pandangan terhadap untuk hidup harmoni dan yang paling penting adalah pandangan terhadap keperluan berdakwah kepada selain agama yang dianuti. Defining Religious Pluralism in Malaysia ContectThe term of “religious pluralism” in Malay Languange often creates controversy among thinkers and politicians. Some say it is a translation of religious plurality which the meaning as religious diversity. While some say it is a translation of the term religious pluralism that leads to recognise of the unity of religious truth. Understanding the diversity of religion and unity of religious truth religious creates confusion to the Muslim community in particular related to the position of Islam that has real truth. This paper aims to discuss the basic guidelines in finding the limitation between recognition of religious diversity or recognition of the unity of religious truth. The preliminary findings found that there are fourfundamental questions that can be used to be the basis for differentiate the thoughts that lead to religious divergence or recognition of the unity of religious truth ie their views on the cause of religion, the role and position of other religions, readiness of living harmoniously and most importantly the views on need of preaching to other religions.
Author Biographies
Nur Farhana Abdul Rahman
Pusat Akidah dan Kemanan Global,Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia
Khadijah Khambali@Hambali
Jabatan Akidah & Pemikiran Islam,Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.
Nur Solehah Shapiee
Pusat Akidah dan Keamanan GlobalFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia
Nur Ashilah Kahar
Pusat Akidah dan Keamanan GlobalFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia