Pengamanahan dalam Perancangan dan Pengurusan Harta Orang Islam
Authors
Noor Lizza Mohamed Said
Wan Amirul Adli Wan Ayub
Mohd Zamro Muda
Adnan Mohamed Yusoff
Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Keywords:
Amanah, Perancangan, Pengurusan, Harta, Produk
Abstract
Kemunculan produk amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam dikatakan sebagai instrumen yang boleh mengatasi masalah dalam isu berkaitan harta pusaka. Mengamanahkan pihak lain untuk mengurus harta sama ada semasa hidup atau selepas kematian merupakan bentuk pengamanahan yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada hari ini. Dalam perundangan Islam terdapat pelbagai bentuk pengamanahan sama ada disandarkan kepada keadaan sebelum atau selepas kematian. Kedua-dua situasi tersebut mempunyai konsep pengamanahan yang berbeza yang menghasilkan natijah hukum berbeza. Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji konsep amanah yang sesuai yang boleh diaplikasikan sebagai instrumen pengurusan harta amanah orang Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian mendapati terdapat dua konsep amanah dalam Islam yang boleh dijadikan instrumen amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam iaitu wakÉlah dan wiÎōyah. Kedua-dua konsep ini mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi membolehkan akad berkuat kuasa. Penggubalan undang-undang berkaitan produk amanah harta orang Islam perlulah dibuat secara lebih terperinci oleh pihak yang berautoriti sebagai panduan pihak industri dalam menawarkan produk berkaitan amanah harta orang Islam.Trust in Planning and Management of Islamic PropertyThe emergence of trust products in Islamic property’s planning and management industry is said to be an instrument that can overcome problems that arise from issues related to inheritance. Trusting other parties to manage the property whether he or she is still alive or after death is one form of trust that has been practiced by the Islamic society nowadays. According to Islamic law, there are various forms of trust either it is justified by the situation before or after death. Both situations have different concept of trust which in the end, will produce different legal results. Therefore, the purpose of this research is to study a suitable concept of trust that is applicable as an instrument of Islamic property management. This research is a qualitative research using content analysis as the design of the research. The research outcomes conclude that there are two concepts of trust in Islam that can act as trust instrument in planning and management of Islamic property which is wakÉlah dan wiÎōyah. Both concepts have certain terms that needs to be fulfilled to enable contract enforcement. The law legislation related to trust of Islamic property must be conducted in detail by the authority as a guidance to the industry in providing products related to the trust of Islamic property.
Author Biographies
Noor Lizza Mohamed Said
Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan SyariahFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia
Wan Amirul Adli Wan Ayub
Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan SyariahFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Zamro Muda
Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan SyariahFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia
Adnan Mohamed Yusoff
Fakulti Pengajian Quran dan SunnahUniversiti Sains Islam MalaysiaBandar Baru Nilai
Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan SyariahFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia