Peranan Wakaf dalam Pembangunan Sosioekonomi: Analisis ke atas Projek Bazar Wakaf Rakyat Terpilih

Authors

  • Farhana Mohamad Suhaimi
  • Asmak Ab Rahman

Keywords:

Wakaf, bazar wakaf, ekonomi wakaf, wakaf tunai, Yayasan Waqaf Malaysia

Abstract

 Artikel ini menerangkan mengenai projek Bazar Wakaf Rakyat (BWR) yang merupakan salah satu projek pembangunan wakaf di bawah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Tujuan projek BWR adalah untuk membangunkan aset wakaf berupa tanah di samping, menjana pendapatan daripada aset wakaf. Pembangunan projek BWR di kawasan masjid bertujuan membangunkan sosioekonomi masyarakat setempat. Kajian yang berbentuk kualitatif ini mengguna pakai maklumat dari temu bual sebagai sumber primer dan dokumen-dokumen relevan sebagai sumber sekunder. Ianya melibatkan suatu kajian yang dilakukan ke atas lima buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Kelantan. Kajian ini mensasarkan 3 objektif. Pertama, ianya mengkaji prinsip dan pelaksanaan projek BWR di bawah Yayasan Wakaf Malaysia. Kedua, ianya mengenalpasti impak pelaksanaan projek BWR tersebut ke atas ekonomi masyarakat setempat. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati projek BWR ada menyumbang kepada aspek ekonomi masyarakat setempat dalam 3 bentuk. Pertama, projek BWR berjaya memanfaatkan sumber tanah secara optimum. Ianya turut menggalakkan aktiviti ekonomi masyarakat, menjana hasil serta mewujudkan peluang pekerjaan. Projek BWR juga dilihat telah memberi kebaikan kepada masyarakat setempat apabila hasil pendapatan yang diperoleh oleh pihak pengurusan masjid digunakan semula untuk kepentingan awam antaranya untuk penyelenggaraan masjid dan penganjuran aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan untuk kemaslahatan awam dan negara. The Role of Waqf towards the SocioEconomic Development: Analysis on “Bazar Wakaf Rakyat” ProjectsThis article examines Bazar Wakaf Rakyat (BWR) projects developed by Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). The purpose of the BWR projects is to develop waqf lands as well as generate income from waqf assets. The development of BWR projects in the mosque area aims at developing the socioeconomic of the local community. The qualitative study uses informations from interviews as its primary source and relevant documents as its secondary sources. It involves a study conducted at five states in Peninsular Malaysia namely Penang, Selangor, Federal Territory, Johor and Kelantan. This study aims at 3 objectives. Firstly, it analyses the principles and implementations of BWR projects under the Yayasan Waqaf Malaysia. Secondly, it identifies the impact of its implementation on the economy of the local community. This study finds that BWR projects do contribute towards the economy of the local society in 3 ways. First of all, BWR projects optimise the use of land resources. They also stimulate economic activities in the society, generate productions and create new job opportunities. BWR projects are also seen to be beneficial to the local community when the revenue generated by the mosque management is reused for public interest such as maintenance of the mosque and organization of spiritual and community activities for the interests of public and country. 

Author Biographies

Farhana Mohamad Suhaimi

    Fast traslate Icon translate     Fast traslate Icon translate     Fast traslate Icon translate

Asmak Ab Rahman

    Fast traslate Icon translate     Fast traslate Icon translate

Downloads

Published

2021-06-03

Issue

Section

Original Research Articles