Ulasan Buku: Syair Arab: Bagaimana Menghayati Irama dan Makna oleh Wan Rusli Wan Ahmad

Authors

  • Azman Che Mat

Abstract

 Perbincangan berkenaan ilmu kepenyairan Arab ( الشعر العربي ) khasnya ilmu al-ʽArūd ) العروض (tidak banyak ditulis dengan gaya yang dibawa oleh penulis buku ini. Penulisan yang santai tetapi berinfomatif merupakan satu inovasi dalam persembahan buku-buku ilmiah yang sarat dengan maklumat-maklumat yang sukar dihadam, khasnya bagi pelajar-pelajar yang baru menceburi bidang kepenyairan Arab. Sebagai satu bidang yang bersifat khusus, kepenyairan Arab hanya mendapat perhatian oleh kelompok yang benar-benar mencintai syair bahasa Arab dan mampu menghayatinya dengan baik.Buku ini menfokuskan perbincangan kepada syair yang diungkapkan oleh Imam al-Shafie R.H, seorang ulama yang terkenal dengan Fikh Shafie. Bait-bair syair Imam Shafie dijadikan contoh untuk menerangkan ilmu kepenyairan Arab ini. Namun dalam satu topik berasingan “Bait Syair yang jadi Bidalan & Siulan Sepanjang Zaman” (hlm. 124) penulis telah membawa bait-bait syair yang terpilih daripada kalangan penyair terkenal dengan terjemahan bahasa Melayu untuk tatapan pembaca.

Author Biography

Azman Che Mat

    Fast traslate Icon translate

Downloads

Published

2021-06-03

Issue

Section

Book Reviews