Epistokrasi dalam Wacana Politik al-Ghazali dan Brennan
Keywords:
Epsitokrasi, Demokrasi, ahl al-syawkah, al-Ghazali, BrennanAbstract
Epistokrasi adalah satu falsafah politik yang mempercayai bahawa golongan cerdik pandai sewajarnya memerintah negara bukannya diserahkan kepada sistem yang terbuka seperti diamalkan dalam sistem demokrasi. Al-Ghazali dan Brennan adalah antara ahli falsafah yang mempelopori falsafah tersebut yang dilihat berlainan dengan arus perkembangan semasa terutama sistem demokrasi. Ciri-ciri epistokrasi yang diperkenalkan al-Ghazali meliputi pemilihan pemimpin yang tertutup kepada yang terbaik sahaja, yang mempunyai nilai-nilai positif yang datang dari dalaman dan luaran individu, pengkhususan kepada etnik Quraisy dan pemimpin yang ditentukan oleh ahl al-syawkah. Brennan juga menepati dengan prinsip pemilihan yang dikemukakan oleh al-Ghazali seperti menghadkan pemilihan kepada mereka yang yang pintar dan kompeten, berdasarkan ciri demografik yang khusus dan sistem pemilihan pemimpin dengan sistem lebih bersifat tertutup. Walau bagaimanapun, penekanan epistokrasi al-Ghazali lebih kepada yang berunsurkan teokrasi yang memasukkan unsur ketuhanan dalam falsafahnya.Downloads
Published
2022-07-05
Issue
Section
Original Research Articles