Hakikat Maqasid Al-Qur’an Imam Al-Ghazali Dan Perkembangan Perbahasan Berkenaan Maqasid Masa Kini

Authors

  • Siddig Ahmad
  • Wan Suhaimi Wan Abdullah

Keywords:

Maqasid al-Quran, Imam al-Ghazali, Maqasid al-Shari’ah, Tafsir al-Maqsidi, Tafsir al-Mawdu’i.

Abstract

Salah satu tema perbahasan yang banyak dibincangkan dalam kesarjanaan ilmu dalam kalangan ilmuan      Islam pada hari ini ialah berhubung konsep maqasid serta istilah yang berhubung dengannya iaitu maqasid al-Quran, maqasid al-syari’ah dan juga pendekatan tafsir yang dinamakan tafsir al-maqsidi. Namun, penggunaan ketiga-tiga istilah tersebut saling bertukar dan sering bertindan antara satu sama lain. Tambahan pula, terdapat kecenderungan para ilmuan Islam masa kini yang melihat bahawa ketiga-tiga istilah tersebut menjurus kepada satu perbahasan yang sama iaitu maqasid al-syar’iyyah. Justeru, penulisan ini dibuat untuk mengangkat kembali faham maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali, menyelusuri sejarah perkembangan penggunaan istilah maqasid al-Quran  daripada awal penggunaannya iaitu bermula abad ke-10 sehingga ke hari ini serta skop pembahagiannya. Di akhir perbincangan ini, penulis akan mengemukakan analisis perbandingan skop pembahagian  maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dengan perbahasan maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh para ulama’ selepasnya dan analisis berhubung penggunaan istilah maqasid al-Quran. Kekeliruan berhubung dengan istilah tersebut diperjelaskan agar penggunaannya adalah benar dan menempati kedudukannya yang sebenar.

Downloads

Published

2022-07-05

Issue

Section

Original Research Articles