TAHALLUF SIYASI DALAM PERJUANGAN IKHWAN AL-MUSLIMIN DI MESIR, 1970-1981 (Tahalluf Siyasi in the Struggle of the Muslim Brotherhood in Egypt, 1970-1981)

Shamsul Azhar Yahya, Mohamad Redzuan Othman, Abu Hanifah Haris

Abstract


ABSTRAK

Awal abad ke-20 menyaksikan kelahiran beberapa tokoh islah yang cuba untuk membawa perubahan kepada umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Hassan al-Banna dan Ikhwan al-Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 telah memberi impak yang besar kepada Mesir dan persekitarannya. Perkembangan gerakan yang begitu cepat ini amat membimbangkan penjajah dan pemerintah sehingga memaksa mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan pengaruh gerakan ini. Walau bagaimana pun, Ikhwan al-Muslimin masih terus bertahan sehingga hari ini dan memberi impak yang besar apabila menang dalam pilihanraya selepas kejatuhan Hosni Mubarak tahun 2012. Kajian ini berobjektifkan peranan yang dimainkan oleh Ikhwan al-Muslimin dalam perkembangan politik di Mesir. Pendekatan tahalluf siyasi yang diambil oleh Ikhwan al-Muslimin sedikit sebanyak menyelamat gerakan ini daripada terus ditindas. Turut disentuh di dalam kajian ini ialah keberkesanan tahalluf siyasi yang dilakukan oleh Ikhwan al-Muslimin sepanjang tempoh tersebut. Skop kajian ini melihat perjuangan Ikhwan al-Muslimin dari tahun 1970-1981 kerana tempoh ini adalah merupakan fasa baru perjuangan mereka selepas berlakunya perubahan kepimpinan akibat kematian Gamal Abdel Nasser. Kajian ini membuktikan bahawa pemerintah menggunakan segala kaedah dan pendekatan untuk mengekalkan kuasa termasuk berkompromi dengan kumpulan Islam yang mereka tindas sebelum ini. Namun sebagai sebuah gerakan Islam, peluang yang terbuka di hadapan mereka digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan dakwah dan meluaskan pengaruh selain bermatlamat untuk menyedarkan umat mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Kajian ini penting kepada gerakan Islam lain untuk menilai semula pendekatan yang perlu diambil dan prinsip yang perlu dipegang apabila berhadapan dengan suasana dan konflik politik semasa.

ABSTRACT

Early 20th century is the birth of several prominent reformist who tried to bring change to the Muslims. The role played by Hassan al-Banna and the Muslim Brotherhood, which was founded in 1928 had a big impact on Egypt and its surroundings. The development of rapid movement is worrying invaders and rulers, forcing them to use a variety of ways to eliminate the influence of this movement. However, the Muslim Brotherhood still survive to this day and have a big impact when winning in the elections after the fall of Hosni Mubarak in 2012. The objective of this study focus on role played by the Muslim Brotherhood in the political and propaganda in Egypt. Tahalluf Siyasi approach taken by the Muslim Brotherhood movement is somewhat saved from further suppressed. Also discussed in this study is the effectiveness of the approach carried out by the Muslim Brotherhood. The scope of this study to see the struggle of the Muslim Brotherhood in the period 1970-1981 because this is a new phase of their struggle after the change of leadership after the death of Gamal Abdel Nasser. This study proves that the government used all methods and approaches to preserve the power of the compromise with the Islamist group that afflict before. However, as an Islamic movement, there is an enormous opportunity to propagate dakwah, expending the influenceand awakening of the people about their responsibilities as a Muslim. This study is important to the Islamic movement to review the approach to be taken and the principles that should be held in the face of the current political situation and conflict.


Full Text:

PDF

References


Abdel Rahim Ali. 2007. al-Ikhwan al-Muslimun min Hassan al-Banna ila Mehdi Akief. Kaherah: al-Mahrusah lil Nasyar wa al-Khidmat al-Sohafiah wa al-Maklumat.

Ad-Dakwah,Kaherah: Matobi’ al-akhbar, bil: 1-65: 1976-1981.

Al-Banna, Hassan. 2003. Himpunan Risalah Hassan al-Banna. Terj. Salehan B. Ayub. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Fadhullah, Jamil. 2008. Islam di Asia Barat Moden, Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Jamik, Mahmud. 2003. Wa Araftu al Ikhwan. Kaherah: Dar al Tauzik wa an-Nasr al-Islamiah.

Nachman Tal. 2005. Radical Islam in Egypt and Jordan. Brighton, Portland: Sussex, Academic Press.

Rais, Mohammad Amien. 1981. The Muslim Brotherhood in Egypt: Its Rise, Demise and Resurgence, Phd Disertation, The University of Chicago.

Ramadhan, Abdul Azim. 1993. Fundamentalist Influence in Egypt: The Strategies of the Muslim Brotherhood and the Takfir Groups, Fundamentalisms and the State The University of Chicago Press.

Ramadhan, Abdul Azim. t.th. as-Sira’ al Ijtimaie wa as-Siyasi fi Misr. Kaherah: Maktabah al-Madbouli.

Tilmisani, Umar. 1998. Zikrayat La Muzakirat. Terj. Surya Dharma. Jakarta: Robbani Press.

Tilmisani, Umar. 1998. Zikrayat La Mukazirat. Terj. Surya Dharma. Jakarta: Robbani Press.

Vatikiotis, P.J. 1969. The Modern History of Egypt. London: Weidenfeld and Nicolson.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2017-SP-14

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari