Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains
Abstract
Kajian mengenai sikap pelajar terhadap sains mungkin dapat mempamerkan penjelasan berkaitan masalah pelajar yang sering mengasingkan diri daripada penglibatan dalam subjek sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap terhadap sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar berdasarkan tahap pendidikan mereka. Kajian juga bertujuan untuk melihat perkaitan di antara sikap terhadap sains dan sikap saintifik. Seramai 493 pelajar dari Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap terhadap sains dan sikap saintifik. Soal selidik mengenai sikap terhadap sains yang terdiri daripada 48 item adalah bersifat multi-dimensi (iaitu persepsi terhadap guru sains, kepentingan sains dalam masyarakat, konsep kendiri dalam sains, keseronokan dalam sains dan motivasi dalam sains) manakala soal selidik sikap saintifik yang terdiri daripada 23 item mengukur pemikiran kritikal, penangguhan pengadilan, persandaran kepada bukti, kejujuran, keobjektifan dan kesediaan untuk menukar pandangan. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar terhadap konsep kendiri dalam sains dan motivasi dalam sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalam bidang sains seterusnya di peringkat tahap pendidikan tinggi mahupun dalam kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat. Sikap saintifik pelajar mengikut tahap pendidikan adalah rendah. Keadaan ini membawa implikasi kepada keperluan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih bersifat inkuiri dan ‘hands-on’. Akhir sekali, wujudnya perkaitan positif tapi lemah di antara saintifik dan sikap terhadap sains di kalangan pelajar Tingkatan 2 dan MatrikulasiIssue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.