Program Sistem Penalti: Kaedah Alternatif bagi Pengurusan Disiplin Pelajar

Authors

  • KHALIM ZAINAL

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan Program Sistem Penalti (PSP) yang diperkenalkan di negeri Selangor berbanding Pengurusan Disiplin Konvensional (PDK) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah lain di Malaysia. Program Sistem Penalti yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di negeri Selangor merupakan kaedah pengurusan disiplin berdasarkan mata penalti bagi setiap kesalahan disiplin pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk ex-post facto. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara PSP dengan PDK bagi aspek vandalisme (t = 3.949, p < 0.05), ponteng (t = 5.177, p < 0.05), datang lewat (t = 4.446, p < 0.05) dan masalah disiplin lain (t = 3.766, p < 0.05) manakala tiada perbezaan yang signifikan bagi aspek pengurusan disiplin secara umum. Keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan PSP lebih berkesan mengatasi masalah disiplin di sekolah berbanding PDK.

Downloads

Issue

Section

Articles