Strategi Pembelajaran Biologi di kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat perkaitan antara strategi pembelajaran Biologi yang digunakan oleh pelajar Tingkatan 4 dengan pemboleh ubah jantina, tahap pencapaian Biologi, tahap pendidikan ibu bapa dan tahap pendapatan keluarga. Dua aspek pembelajaran strategi yang dikaji ialah strategi pembelajaran secara keseluruhan dan strategi pembelajaran mengikut kategori, iaitu strategi pembelajaran di dalam kelas, strategi pembelajaran di luar kelas dan strategi pembelajaran untuk mengahadapi peperiksaan. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Seramai 82 orang pelajar Tingkatan 4 di tiga buah sekolah di daerah Pasir Puteh, Kelantan dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik berdasarkan Skala Likert empat mata yang perlu dijawab oleh responden berkaitan strategi pembelajaran Biologi yang mereka gunakan. Data yang diperoleh diproses menggunakan ujian-t dan analisis varian sehala (One Way ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara strategi pembelajaran Biologi dengan pemboleh ubah tahap pencapaian Biologi, tahap pendidikan ibu dan tahap pendapatan keluarga. Namun begitu, pemboleh ubah jantina dan tahap pendidikan bapa tidak menunjukkan perkaitan yang sigifikan dengan strategi pembelajaran Biologi.Downloads
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.