Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti
Abstract
Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan faktor metakognisi dan juga faktor-faktor motivasi dalam proses pembelajaran pelajar. Bagaimanapun, belum banyak kajian dijalankan yang menyepadukan kedua-dua faktor tersebut di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk memeriksa hubungan antara kedua-dua faktor tersebut dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Sampel terdiri daripada 374 pelajar Tahun 2 daripada lima buah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik laporan kendiri untuk mengukur kesedaran metakognisi, faktor-faktor motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan teori dan tinjauan kajian lepas, satu model hubungan antara pemboleh ubah kajian dibina dan diuji menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik, manakala faktor motivasi, iaitu matlamat prestasi mempunyai hubungan langsung negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dua lagi faktor motivasi, iaitu efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran pula mempunyai hubungan tidak langsung dengan pencapaian akademik melalui kesedaran metakognisi. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong hubungan antara kesedaran metakognisi dan faktor motivasi dengan pencapaian serta kepentingan metakognisi dan peranan motivasi sebagai mediator dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Hasil kajian ini mencadangkan kajian akan datang dan program intervensi yang bertujuan membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti mengambil kira kedua-dua faktor tersebut.Downloads
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.