Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menenga
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap motivasi guru di sekolah-sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik The Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ) dan A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT). Kajian ini melibatkan 203 orang responden daripada tujuh buah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Penganalisisan dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ANOVA dan analisis korelasi Pearson dengan penetapan aras ± = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita di sekolah-sekolah menengah di Kajang secara keseluruhannya berada di tahap agak memuaskan. Walaupun gaya kepimpinan pengetua wanita berdasarkan dimensi struktur tugas lebih dominan berbanding dimensi timbang rasa, namun kedua-duanya berada di tahap agak memuaskan sahaja. Daripada aspek tahap motivasi pula, didapati tahap motivasi guru-guru terhadap tugas adalah ditahap agak memuaskan. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita berdasarkan faktor-faktor demografi guru. Begitu juga dengan persepsi guru terhadap tahap motivasi guru, tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor-faktor demografi guru, kecuali faktor umur. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi guru dengan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita. Ini mengesahkan bahawa semakin tinggi persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita, maka semakin meningkat tahap motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan dan andaian umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua wanita memang mempengaruhi tahap motivasi kerja guru.Downloads
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.