Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita

Authors

  • ABDUL GHANI ABDULLAH
  • TANG KEOW NGANG

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus pendidikan wanita dan pengaruhnya terhadap motivasi guru. Data diperoleh dengan kaedah tinjauan daripada 73 buah sekolah menengah harian biasa yang diurus oleh pengetua wanita di negeri Pulau Pinang dan Kedah serta dianalisis menggunakan unit analisis peringkat sekolah. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa pengurusan budaya kolaboratif memang diamalkan oleh pengurus wanita, tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan mengekalkan dimensi kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja. Analisis korelasi pula mendapati wujudnya perhubungan yang signifikan dan kukuh antara pengurusan budaya kolaboratif dengan motivasi guru. Dapatan regresi pula menunjukkan bahawa pengurusan budaya kolaboratif kejelekitan berterusan dan keperluan bersatu mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru namun sumbangan kedua-dua pemboleh ubah ini berbeza berdasarkan tahap motivasi guru. Implikasinya pada peringkat amalan budaya kolaboratif ialah pengurus pendidikan harus bijak mengolah dimensi budaya kolaboratif secara kreatif berdasarkan tahap motivasi.

Downloads

Issue

Section

Articles