Bimbingan dan Pementoran Berfokus oleh Sisc+ Bm: Impak terhadap Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Samarahan, Sarawak (Focused Coaching and Mentoring by Sisc + Bm: Impact on Teaching Quality of the Malay Language Teachers in Secondary Schools District of Samarahan, Sarawak)
Abstract
Transformasi yang berlaku di seluruh dunia ekoran daripada arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat menyebabkan negara malakukan anjakan strategik terhadap visi sistem pendidikan dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan di bawah kata kunci Kualiti Guru. Berdasarkan dapatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM, dalam tempoh tiga tahun belakangan ini (2011 sehingga 2013), kualiti pembelajaran dan pengajaran masih belum menyerlah. Daripada 30,564 sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diperhatikan, sejumlah 25, 242 (82.59%) pengajaran guru hanya mencapai prestasi pada tahap harapan, memuaskan, lemah, dan sangat lemah. Maka objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti impak program bimbingan dan pementoran terhadap kualiti pengajaran guru-guru mata pelajaran yang dilakukan oleh Pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches) secara sepenuh masa. Kajian tinjauan deskriptif digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan program bimbingan dan pementoran turut dirangka dalam tiga mod, iaitu bimbingan dan pementoran secara bersemuka, bimbingan dan pementoran dalam panitia dan bimbingan dan pementoran secara berkelompok. Fokus program bimbingan dan pementoran pegawai SISC+ tertakluk kepada Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu, keutamaan kepada sekolah-sekolah yang berprestasi rendah (Band 5, 6, dan 7). Di daerah Samarahan, Pegawai SISC+ BM telah melaksanakan Program Bimbingan dan Pementoran di sembilan buah sekolah menengah iaitu terhadap 46 orang guru berdasarkan skor dalam Borang Bimbingan Guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program ini amat baik dan relevan untuk membantu guru-guru melaksanakan P&P yang berkualiti. Peningkatan kualiti pengajaran guru telah berjaya dimantapkan walaupun tidak 100% menerusi tiga mod proses bimbingan dan pementoran yang telah dijalankan. Walaupun begitu, masih banyak kajian berkaitan kualiti guru yang perlu dibuat untuk memastikan definisi transformasi kualiti guru benar-benar mampu merealisasikan hasrat negara.Downloads
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.