Nota Editor (Editor's Note)
DOI:
https://doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01SI-00Abstract
ISU KHAS: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (CRITICAL THINKING SKILLS IN THE 4.0 INDUSTRIAL REVOLUTION ERA)Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pada hari ini kita sedang berdepan dengan era Revolusi Perindustrian Ke-empat (4IR) yang dipacu oleh teknologi baru seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis data mega, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal dan mulai meran¬cakkan kemajuan landskap sosial, ekonomi dan politik dunia. Seiring dengan teknologi baru ini, terdapat keperluan bagi meningkatkan kemahiran baharu dalam kalangan sumber tenaga khususnya dan masyarakat umumnya. Antara kemahiran baru yang acapkali dikaitkan dengan era 4IR ialah kemahiran pemikiran kritis yang membolehkan tenaga kerja di negara kita kekal berdaya saing dalam pasaran kerja di peringkat lokal dan global.Kemahiran pemikiran kritis bukanlah agenda baharu dalam bidang pendidikan, namun cabaran 4IR ini telah menimbulkan keperluan yang hebat bagi institusi pendidikan di pelbagai peringkat. Kemahiran ini akan digunakan oleh guru untuk mendalami pengetahuan pedagogi ilmu kandungan mereka dan pada waktu yang sama membantu pelajar menguasai pembelajaran di dalam dan luar kelas. Tiada seorang pun daripada tenaga kerja dan mana-mana ahli masyarakat seharusnya dipinggirkan daripada menyertai serta mendepani era 4IR secara aktif dan produktif. Seiringan dengan itu, kekuatan kapasiti pemikiran, pembentukan tenaga kerja dan ahli masyarakat yang sihat dan mampan dari segi fizikal dan mental serta mempunyai nilai murni yang tinggi perlu ditekankan agar mereka dapat menyumbang kepada kelestarian hidup dalam era 4IR dan era selanjutnya.Justeru, isu khas ini mensajikan kajian-kajian terkini berkaitan keperluan dan usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan kemahiran pemikiran kritis. Penyelidikan yang menjurus kepada kekuatan mental dan fizikal dalam kalangan pelajar, pendidik, kaunselor, serta ahli masyarakat umumnya turut dibincangkan bagi membolehkan mereka memainkan peranan secara maksimum dalam era 4IR. Antara aspek yang ditekankan dalam isu khas ini adalah:Pemupukan kemahiran berfikir secara kritis berasaskan pendekatan PdP yang inovatifJalinan koloborasi antara guru dan ibubapa dalam mendepani cabaran era Revolusi Perindustria Ke-empat (4IR), danPembentukan nilai dan gaya hidup sihat dalam mendepani kehidupan dalam era Revolusi Perindustrian Ke-empat (4IR)Adalah menjadi harapan kami agar perkongsian maklumat melalui Isu Khas ini dapat dimanfaatkan dalam konteks amalan semasa ke arah peningkatan kualiti pembelajaran yang mampu menghasilkan sumber manusia yang berdaya saing dan relevan dengan zamannya. Lilia HalimAidah Abd KarimDownloads
Published
2019-09-20
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.