Nota Editor (Editor's Note)
Abstract
ISU KHAS: PENDIDIKAN BERKUALITI PENCETUS GENERASI MALAYSIA BAHARU (SPECIAL ISSUE: STIMULATING NEW MALAYSIAN GENERATION THROUGH QUALITY EDUCATION) Generasi masa hadapan merupakan pemangkin masa hadapan yang gemilang. Kegemilangan ini terhasil melalui pendidikan yang berteraskan kualiti. Pada era serba maju dan global ini, masyarakat tidak dapat lari daripada arus teknologi yang mencabar. Malaysia kini berdepan dengan keperluan melahirkan generasi Malaysia baharu yang bukan sahaja perlu mempunyai jati diri yang kukuh, tetapi juga mempunyai pemikiran glokal untuk menghadapi persaingan yang tiada batasnya. Jati diri yang mantap lahir daripada individu yang memiliki ilmu yang bervariasi. Generasi baharu harus dibudayakan agar tidak hanya berpuas hati dengan pemikiran yang jumud, tetapi turut neniliki bersifat berdikari dalam menyelesaikan masalah, berfikiran kritis dan mampu membawa dimensi idea yang segar dan baharu dalam menyelesaikan permasalahan negara.Justeru, Isu Khas ini dikemukakan dengan tujuan untuk pembentangkan kajian berhubung beberapa aspek utama pendidikan berkualiti yang diharapkan dapat menjadi asas kepada kelahiran generasi Malaysia baharu seperti yang diharapkan.PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONALDalam berhadapan cabaran ekonomi dan teknologi, generasi baharu amat perlu mempersiapkan diri dengan perkembangan dalam pendidikan teknik dan vokasional. Perkara ini penting bagi melahirkan masyarakat yang berperanan sebagai pencipta pekerjaan dan bukan hanya mencari pekerjaan. Generasi dengan kelebihan kemahiran hands on menjadi rebutan majikan berbanding dengan pekerja yang bersandarkan teori semata-mata. KEPIMPINANTanpa kita sedari, kepimpinan negara berhadapan perubahan tampuk kepimpinan dan melahirkan ramai pemimpin muda berkebolehan tinggi. Mereka merupakan hasil daripada pendidikan berkualiti negara dengan daya pemikiran tinggi dalam merancang dan merangka corak pemerintahan negara pada masa hadapan. Generasi dengan sifat kepimpinan yang disegani akan berupaya merubah landskap politik negara. Kepimpinan ini sangat penting untuk dipupuk daripada pendidikan bermula daripada seawal usia sehingga kepada pendidikan tinggi.PEDAGOGIBagi melahirkan pendidikan yang berkualiti, aspek penyampaian pendidikan juga perlu dititikberatkan. Aspek pedagogi yang berkesan membuatkan pelajar lebih dekat dengan ilmu yang disampaikan. Pedagogi pada masa kini bukan hanya bersifat konvensional, tetapi turut diadun dengan pedagogi bersifat moden yang berteraskan teknologi dalam talian secara segerak mahupun tidak segerak. Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi penyampaian ilmu kepada generasi baharu ini sekaligus menjadikan penyampaian kini bersifat lebih luas dan lewes dann tidak terbatas di dalam bilik kuliah semata-mata. BIMBINGAN DAN KAUNSELINGCabaran yang mendatang tidak dapat dijangka oleh sesiapa. Cabaran yang bersifat dalaman ataupun luaran memerlukan kemahiran tinggi untuk menanganinya. Generasi baharu perlu dibekalkan dengan kemahiran kaunseling dan kaedah terbimbing bagi menghadapi cabaran hidup. Aspek nilai, manusiawi dan falsafah hidup amat penting dalam menjana pemikiran generasi baharu yang lebih mempunyai roh berbanding hanya bersifat seperti robot. Dengan kemahiran kaunseling yang dimiliki akan menjadikan generasi baharu ini boleh mengawal cabaran hidup dengan lebih baik dan mampu membimbing individu di sekeliling mereka. Penglibatan banyak program bimbingan dan kaunseling yang berkualiti sebenarnya membentuk pemikiran generasi baharu Malaysia yang mantap daripada aspek kognitif, afektif dan psikomotor sebagaimana ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara.PENGUKURAN DAN PENILAIAN Bagi memastikan generasi Malaysia baharu mencapai status kualiti yang dihasratkan, elemen pengukuran dan penilaian kemenjadian pelajar menjadi intipati utama negara. Pembangunan insan dan program-program intervensi untuk generasi baharu perlu diukur keberkesanannya bagi memastikan tiada pembaziran modal insan dan kewangan negara. Dimensi pengukuran dan penilaian bakal membawa kepada pembentukan indikator dalam usaha membantu Malaysia maju ke hadapan disamping pembentukan indikator yang sesuai sebagai asas dalam membuat sebarang keputusan.Diharapkan agar dapatan-dapatan penyelidikan yang dimuatkan dalam Isu Khas ini bakal dimanfaatkan dalam menyediakan amalan pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang dapat melahirkan generasi Malaysia baharu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berdikari, mempunyai pemikiran glokal, memiliki ilmu yang bervariasi, dan berfikiran kritis sepertimana yang diharapkan.Terima kasih. Nurfaradilla Mohamad NasriMohd Effendi @ Ewan Mohd MatoreDownloads
Published
2020-04-20
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.