Nota Editor (Editor's Note)
DOI:
https://doi.org/10.17576/JPEN-2022-47.01SI-00Abstract
ISU KHAS: PENGAJARAN INOVATIF DAN KREATIF DALAM MELAHIRKAN GURU BERKUALITI DAN PELAJAR BEREMPATI(SPECIAL ISSUE: INNOVATIVE AND CREATIVE TEACHING IN PRODUCING QUALITY TEACHERS AND BENEVOLENT STUDENTS) Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat madani serta generasi berilmu. Hal ini boleh dipupuk melalui pelaksanaan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar hasil reka bentuk dan kaedah pengajaran yang tersusun dan terancang. Para pendidik abad ini bukan sahaja memerlukan pengetahuan dalam bidang serta kemahiran dalam penggunaan teknologi, malah dituntut untuk meneroka aspek kreativiti dan inovasi dalam merancang aktiviti dan pengalaman pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya.Pembangunan profesional para pendidik merupakan satu aspek yang signifikan dan perlu dititikberatkan. Para pendidik perlu diberi ruang untuk meneroka potensi dan kaedah baharu untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di samping menghasilkan pelajar yang berdaya saing, mempunyai kemahiran abad ke-21, serta nilai mandiri yang tinggi.Pendidikan yang berkualiti dan pengalaman pembelajaran yang dilalui bersama pendidik dan rakan-rakan diumpamakan sebagai benih yang akan menumbuhkan nilai-nilai manusiawi dalam diri pelajar. Justeru, tidak dinafikan bahawa aspek pendidikan merupakan satu komponen yang sangat penting dalam mempersiap siaga para pelajar dengan kemahiran kebolehgajian, penyelesaian masalah, serta kepimpinan apabila mereka berada di alam pekerjaan kelak.Pendidikan bukan sahaja dikaitkan dengan aspek kognitif semata-mata, malah turut melibatkan aspek afektif yang merupakan satu domain yang sangat abstrak dan sukar dicapai. Namun demikian, kualiti pendidikan dan pengalaman pembelajaran yang terancang secara professional akan turut dapat menghasilkan para pelajar yang mempunyai nilai dan rasa kebertanggungjawaban terhadap masyarakat.Justeru, isu khas ini memuatkan makalah yang merupakan hasil penyelidikan daripada para penyelidik yang merangkumi aspek berikut:Pendekatan pengajaran secara inovatif (Innovative teaching approaches)Pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknologi, pedagogi, dan subjek (Teachers’ knowledge and skills in technology, pedagogy, and subject)Pemerkasaan kualiti guru melalui pembangunan profesional berterusan (Enhancing teachers’ quality through continuous professional development)Pendidikan untuk melahirkan insan dan ihsan untuk kesejahteraan sosial (Education towards producing benevolent individuals for social wellbeing)Pendidikan untuk memupuk kemahiran kebolehgajian (Education to cultivate employability skills)Terima Kasih. Nik Mohd Rahimi Nik YusoffFariza KhalidDownloads
Published
2022-03-09
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.