Persepsi Guru Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Pemakaian Alat Bantuan Pendengaran Dalam Meningkatkan Pembelajaran Murid (Teachers’ Perception towards Factors that affect the Usage of Hearing Aids in Enhancing Children’s Learning)

Authors

  • NURUL SHAFIQAH MD SAMIAN
  • KHAIRUL FARHAH KHAIRUDDIN

Abstract

Pemakaian Alat Bantu Pendengaran (ABP) yang berkesan bukan sahaja untuk mendengar tetapi penting untukmembantu pembelajaran murid bermasalah pendengaran. Kajian ini fokus kepada perkara yang mempengaruhipemakaian ABP dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pendengaran. Seramai enam orangguru daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) di ZonSelatan telah ditemu bual. Data dianalisis secara tematik menggunakan teknik open coding dengan bantuan aplikasiNVivo 14. Tiga faktor utama dikenalpasti oleh guru yang mempengaruhi pemakaian ABP oleh MBPK iaitu persekitaranakustik bilik darjah, tahap pengetahuan guru serta kekerapan penyelenggaraan ABP. Persekitaran akustik yang tidakmesra bunyi di sekolah menyebabkan pemakaian ABP yang kurang berkesan. Guru di aliran perdana dan guruPendidikan Khas perlu diperkasa dengan ilmu tentang penyelenggaraan ABP serta strategi pertuturan bagi memenuhikeperluan peningkatan MBPK Pendengaran yang memakai alat pendengaran. Pemakaian ABP yang berkesan akanmeningkatkan pembelajaran MBPK Pendengaran bagi memastikan pendidikan yang diperoleh adalah inklusif danberjaya.

Downloads

Published

2024-12-18