Integrasi Boneka Tangan (Hand-Puppet) dalam Meningkatkan Kemahiran Pendidikan Muzik Murid Autisme (Integration of Hand Puppets in Enhancing Music Education Skills for Autistic Students)
Abstract
Pendidikan muzik memainkan peranan penting dalam pembangunan holistik murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), termasuk murid autisme. Kelas muzik bukan sahaja mengajar kemahiran muzikal tetapi juga menjadi platform bagi ekspresi kreatif, pembangunan emosi, dan interaksi sosial yang positif dalam kalangan murid autisme. Walaupun pendidikan muzik merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah, kaedah pengajaran tradisional tidak sesuai untuk murid autisme kerana gaya pembelajaran setiap individu autisme adalah unik. Oleh itu, pendekatan yang lebih inklusif dan kreatif diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka. Penggunaan boneka tangan merupakan satu kaedah pengajaran yang efektif dan inklusif. Kajian ini melibatkan dua belas responden, terdiri daripada enam guru pendidikan khas yang mengajar pendidikan muzik dan enam murid autisme di enam buah sekolah di daerah Penampang, Sabah. Kajian ini bertujuan meneroka cara guru mengintegrasikan penggunaan boneka tangan untuk meningkatkan kemahiran pendidikan muzik dalam kalangan murid autisme, meneroka pengalaman guru sepanjang tempoh empat minggu pengintegrasian boneka tangan dalam pengajaran pendidikan muzik, dan mengenal pasti sebarang peningkatan kemahiran muzikal dalam kalangan murid autisme selepas pengintegrasian boneka tangan dalam kelas pendidikan muzik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengintegrasian boneka tangan dapat meningkatkan kemahiran muzikal murid autisme dan menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, tidak semua murid autisme sesuai dengan penggunaan boneka tangan disebabkan faktor-faktor tertentu seperti tingkah laku, sensitiviti sentuhan, dan persekitaran. Sesetengah murid autisme memerlukan pendekatan yang berbeza untuk mencapai hasil yang sama. Kajian ini penting dalam memahami pedagogi pendidikan muzik khususnya dalam konteks pendidikan khas. Malah, kajian ini berperanan untuk memberikan panduan kepada guru dalam mengadaptasi kaedah pengajaran yang lebih efektif dan inklusif untuk murid autisme, memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada pendidikan muzik.Downloads
Published
2024-12-18
Issue
Section
Special Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.