FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH MEMBACA DALAM KALANGAN MBPK MASALAH PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH (Contributing Factors to Reading Difficulties Among Secondary School Pupils with Learning Disabilities)

Authors

  • Yuzaila Yusuf
  • Mohd Norazmi Nordin
  • Syar Mezee Mohd Rashid

Keywords:

masalah pembelajaran, kemahiran membaca, faktor masalah membaca, kualitatif, bahasa melayu komunikasi

Abstract

Kemahiran membaca Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran adalah pelbagai, sebagaimana personaliti mereka. Namun begitu, kemahiran membaca MBPK masalah pembelajaran berkefungsian sederhana masih berada pada tahap yang minimum walaupun pelbagai pendekatan pengajaran membaca telah dilakukan oleh guru. Sehubungan itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah membaca dalam kalangan MBPK masalah pembelajaran di sekolah menengah. Kajian ini melibatkan 5 orang peserta kajian yang merupakan guru mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi (BMK) dan mempunyai pengalaman mengajar BMK melebihi 5 tahun. Kajian ini dilakukan di beberapa buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Melaka dan Johor. Kajian dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pendekatan kualitatif. Instrumen protokol temu bual separa berstruktur digunakan dan data dianalisis menggunakan perisian NVivo 14. Dapatan menunjukkan bahawa faktor-faktor penyumbang kepada wujudnya kesukaran membaca dalam kalangan MBPK masalah pembelajaran di sekolah menengah disebabkan oleh faktor individu, psikologi, kaedah pengajaran guru, masa pengajaran, persekitaran dan bahan bacaan yang digunakan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa bahan bacaan yang digunakan oleh guru BMK harus ditambahbaik dan dipertingkatkan, di samping sokongan daripada ibu bapa serta usaha meningkatkan motivasi murid bagi mengatasi masalah membaca dalam kalangan MBPK masalah pembelajaran di sekolah menengah.

Downloads

Published

2024-12-23