Intervensi Sukan Sebagai Pilihan Bagi Murid ADHD:Isu Dan Cabaran
Keywords:
ADHD, isu, cabaran, intervensi, modul intervensi, sosial, aktiviti fizikalAbstract
ADHD atau Gangguan Kecelaruan Daya Tumpuan dan Hiperaktiviti adalah gejala mental serius yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa di seluruh dunia. Di Malaysia, anggaran prevalensi ADHD dalam kalangan kanak kanak adalah semakin meningkat antara 1.6 peratus hingga 4.6 peratus. Individu Lelaki lebih berisiko untuk didiagnosis simptom ADHD berbanding perempuan. ADHD menyebabkan individu mengalami masalah dalam memberi tumpuan, aktiviti motor yang terganggu, dan impulsiviti. Sekiranya berlarutan, akan menjejaskan kualiti hidup seharian. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti peluang dan cabaran intervensi sukan sebagai terapi untuk MBPK ADHD. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan hasil dapatan kajian terdahulu yang berkaitan isu dan cabaran yang diketengahkan. Kajian lepas mendapati bahawa intervensi sukan secara inklusif dapat mengurangkan tingkah laku negatif, meningkatkan kekerapan aktiviti fizikal, dan memperbaiki proses sosialisasi dalam kalangan murid ADHD. Aktiviti sukan berkumpulan seperti bola sepak dan latihan berkumpulan untuk sukan individu telah menunjukkan hasil yang positif dalam mengurangkan simptom ADHD melalui interaksi sosial yang lebih baik. Intervensi sukan menawarkan peluang besar sebagai terapi alternatif untuk MBPK ADHD. Namun, pelbagai cabaran perlu diatasi, termasuk pelaksanaan program yang berkesan dan sokongan yang berterusan. Oleh itu, kajian ini amatlah diperlukan sebagai proses pemulihan berperingkat melalui intervensi sukan terhadap MBPK ADHD.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.