Strategi Pembelajaran Kolokasi Arab dan Hubungannya dengan Tahap Pengetahuan Kolokasi Arab Pelajar Sekolah Menengah
Abstract
Strategi pembelajaran memainkan peranan penting dalam membantu pelajar lebih cemerlang dalam pelajaran. Namun begitu, strategi pembelajaran kolokasi masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan pelajar bahasa Arab sebagai abahasa asing. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan strategi pembelajaran kolokasi Arab dalam kalangan pelajar dan pengetahuan pelajar terhadap kolokasi sekaligus mengkaji hubungan Strategi Pembelajaran Kolokasi Arab dan pengetahuan kolokasi Arab pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan set soal selidik dan ujian kloz yang telah melalui ujian kesahan dan kebolehpercayaanya. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak mudah dengan populasi kajian yang terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Terengganu. Seramai 192 orang pelajar dilibatkan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunan strategi pembelajaran kolokasi Arab pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan 2.53. Manakala bagi pengetahuan kolokasi Arab pelajar pula, majoriti pelajar berada pada tahap rendah dalam pengetahuan kolokasi jenis Kata Kerja + Kata Sendi dan Kata Nama + Kata Nama. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran kolokasi Arab (Strategi Pengecaman, Strategi Masteri teknik dan Strategi Aplikasi) dengan tahap pengetahuan kolokasi Arab. Selain itu, kajian ini juga mampu memberi pendedahan berkenaan strategi yang paling berkesan dalam meningkatkan pengetahuan kolokasi Arab dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, strategi pembelajaran kolokasi Arab perlu diberi perhatian dan pendedahan kepada para pelajar agar mereka mampu menggunakan kolokasi Arab dalam penulisan sekaligus menonjolkan tahap mereka dalam penulisan Arab.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.