Sikap Kepimpinan dan Tahap Kesepaduan Pasukan Melalui Aktiviti Pendidikan Luar dalam Kalangan Pelajar Program Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords:
Kepimpinan, kesepaduan, pendidikan luar, sukan dan rekreasiAbstract
Pelaksanaan aktiviti pendidikan luar lazimnya dilakukan dengan objektif untuk menerapkan kemahiran-kemahiran generik (soft skills) tertentu dalam kalangan peserta. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pembentukan sifat kepimpinan dan tahap kesepaduan pasukan menerusi pelaksanaan aktiviti pendidikan luar dalam kalangan pelajar sukan dan rekreasi, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada jantina responden mempengaruhi sifat kepimpinan dan tahap kesepaduan pasukan. Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan 30 orang pelajar yang telah mengikuti program dan aktiviti pendidikan luar dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Instrumen kajian merupakan set soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A merupakan item-item demografi responden manakala bahagian B adalah soal selidik Group Environment Questionnaire (GEQ: Carron, Widmeyer, & Brawley, 1985) yang terdiri daripada 15 soalan. Bahagian ini perlu dijawab mengikut skala persetujuan dari 1 (sangat tidak setuju) hingga ke skala 5 (sangat setuju). Bahagian C terdiri daripada soal selidik daripada Authentic Leadership Self-Assessment Questionnaire. Bahagian ini juga memerlukan responden memilih skala persetujuan dari 1 (sangat tidak setuju) hingga ke skala 5 (sangat setuju). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sifat kepimpinan dan tahap kesepaduan yang terbentuk menerusi penglibatan pendidikan luar dalam kalangan responden adalah positif, di samping menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua pembolehubah berbilang jantina. Dapatan ini menyediakan data asas (baseline data) sebagai rujukan untuk menambahbaik pelaksanaan aktiviti pendidikan luar dan rekreasi UKM pada masa hadapan.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.