Tahap Pengetahuan, Sikap dan Norma Subjektif terhadap Kesan Budaya Penolakan dalam Perniagaan
Keywords:
Pengetahuan, sikap, norma subjektif, budaya penolakan dalam perniagaan, pelajar institusi pengajian tinggi.Abstract
Fenomena budaya penolakan dalam kalangan rakyat malaysia adalah agak membimbangkan dan memerlukan satu kekuatan besar untuk menerima kesannya terutama dalam kalangan pelajar pengajian tinggi. Situasi ini menunjukkan bahawa budaya penolakan atau cancel culture perlu menjadi satu topik yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar, agar dapat mencerminkan integrasi yang mendalam dalam pemikiran dan tindakan seharian mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap sikap pelajar terhadap budaya penolakan berdasarkan faktor jantina pelajar. Seramai 417 orang pelajar institusi pengajian tinggi telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data daripada responden. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan juga ujian perbandingan min atau T-Test. Ujian analisis deskriptif dijalankan dengan mengambil kira nilai skor min yang terlibat. Perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 25 digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Hasil kajian ini mendapati tahap pengetahuan, sikap dan norma subjektif budaya penolakan terhadap pelajar berada di tahap sangat tinggi. Seterusnya, kesemua hipotesis nol yang diuji dalam kajian ini adalah gagal ditolak, bermakna tiada perbezaan tahap pengetahuan, sikap, dan norma subjektif terhadap budaya penolakan berdasarkan jantina. Dapatan daripada kajian diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kesan sosial dan etika budaya penolakan dalam perniagaanDownloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.