Kompetensi Libat Urus Komuniti dalam Kalangan Pengetua Yayasan Islam Kelantan (YIK) terhadap Penyampaian Dasar-Dasar Kerajaan Negeri

Authors

  • Mohamad Yusoff
  • Azizi Umar

Keywords:

Kompetensi, libat urus komuniti, pengetua, penyampaian dasar, kerajaan negeri

Abstract

Kompetensi seseorang pengetua memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah kerajaan dalam konteks hubungannya dengan komuniti. Kajian ini bertujuan meninjau bagaimana kompetensi libat urus komuniti dalam kalangan pengetua sekolah Menengah Yayasan Islam Kelantan (YIK) terhadap penyampaian dasar-dasar kerajaan negeri Kelantan. Metodologi yang digunakan ialah kaedah persampelan bertujuan iaitu temubual separa berstruktur kepada enam pengetua yang berpengalaman. Dapatan kajian menunjukkan lima kompetensi libat urus komuniti yang membantu pengetua YIK menyampaikan dasar-dasar kerajaan negeri Kelantan iaitu kompetensi pengetua dalam membina hubungan dengan ibubapa, kompetensi dalam menyampaikan ilmu-ilmu semasa di masjid termasuk dasar dasar kerajaan, kompetensi penglibatan pengetua dalam aktiviti-aktiviti sosial (NGO), kompetensi dalam mendokong program dan aktiviti komuniti anjuran kerajaan semasa (government of the day) dan kompetensi dalam menyelesaikan masalah setempat. Kebolehan pengetua dalam menguasai kompetensi libat urus komuniti tersebut mampu mempercepatkan pemahaman dan penghayatan dasar-dasar kerajaan negeri Kelantan.

Downloads

Published

2025-01-06

Issue

Section

Articles