Ujian Pertimbangan Situasi Menambah Baik Kaedah Pemilihan Guru Pelatih Melalui Model Quadruple Helix
Keywords:
Situational Judgement Test, Pemilihan Guru Pelatih, Model Quadruple Helix, Institut Pendidikan GuruAbstract
Ujian Pertimbangan Situasi (SJT) merupakan instrumen pengukuran psikologi yang menggalakkan idea dan pengetahuan bagi membolehkan membuat dan menilai keputusan dalam kalangan pihak berkepentingan berdasarkan respons calon ujian. Namun, tidak banyak perbincangan dibuat melalui Model Quadruple Helix meliputi peranan empat teras pemegang taruh utama iaitu kerajaan, universiti, industri dan masyarakat dalam menambah baik kaedah pemilihan guru pelatih. Justeru, artikel konsep ini membincangkan jangkaan peranan yang boleh dibuat dalam penambahbaikan pemilihan guru pelatih melalui teras Model Quadruple Helix. Kaedah perbincangan konsepsual ini berteraskan kepada jangkaan daripada empat pihak iaitu kerajaan, universiti, industri dan masyarakat. Nilai tambah yang boleh diperolehi daripada artikel ini ialah sinergi peranan yang dimainkan oleh keempat – empat pihak dalam Model Quadruple Helix untuk menambah baik kaedah pemilihan guru pelatih melalui SJT. Selain itu, pencambahan pengetahuan sedia ada akan berlaku melalui integrasi peranan empat pihak dan berpotensi menyumbang kepada pendekatan baharu dalam pemilihan guru pelatih. Dapatan utama kajian ini ialah pihak kerajaan berperanan memastikan SJT selaras dengan keperluan nasional dalam menilai kemahiran insaniah calon secara holistik. Pihak akademia pula berperanan memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan item SJT dibina sesuai dengan konteks tempatan. Selain itu, pihak industri wajar menyediakan input relevan keperluan pasaran kerja masa kini. Pihak komuniti boleh memastikan SJT mencerminkan konteks sosial dan budaya setempat, menjadikan proses pemilihan bakal guru lebih relevan dengan realiti kehidupan sebenar. Dengan pelibatan komuniti, item-item SJT boleh dibangunkan untuk menilai kemampuan calon guru dalam menangani isu-isu sosial dan budaya yang unik dalam komuniti mereka. Implikasi kertas konsep ini dapat dijelmakan melalui penambahbaikan item SJT melalui pelibatan industri. Limitasi kajian ini menjelaskan variasi situasi yang terhad kepada sektor pendidikan tempatan sahaja. Justeru, kajian lanjut boleh dijalankan melalui penerokaan skop situasi perguruan yang lebih luas selaras dengan cabaran baharu dunia pendidikan yang semakin mencabar.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.