Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh: Satu Kajian Literatur Sistematik (Issues and Challenges in Open and Distance Learning Education : A Systematic Literature Review)
Keywords:
Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh, Isu, CabaranAbstract
Pendidikan terbuka dan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) menawarkan satu sistem pendidikan yang fleksibel dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Sejajar dengan Revolusi Industri 4.0, ODL telah berkembang dan memberi peluang kepada individu yang bekerja untuk memperoleh kelayakan, kelulusan, kemahiran dan pengetahuan. Kajian-kajian lepas menunjukkan pendidikan secara ODL mengalami perkembangan yang agak memberangsangkan dalam dunia pendidikan masa kini.Meskipun begitu, pelaksanaan Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh di Malaysia masih baharu. Antara isu utama yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan keciciran pelajar dan ketidakjujuran dalam akademik. Selain itu, tahap kemahiran teknikal pelajar dan tenaga pengajar yang lemah juga merupakan isu dan cabaran dalam pelaksanaan ODL. itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti isu dan cabaran ODL dalam pendidikan menggunakan sorotan literatur bersistematik (SLR). Kajian tertumpu kepada beberapa isu dalam pendidikan dan penglibatan pelajar dalam ODL seperti keciciran (dropouts) dan ketidakjujuran dalam akademik. Metodologi bagi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan yang menggunakan pangkalan data daripada Education Resources Information Center (ERIC), EBSCO, Web of Science (Wos) IEEE Xplore dan PubMed. Hasil dapatan daripada analisis kajian-kajian literatur terpilih mendapati bahawa pelaksanaan ODL dalam sistem pendidikan menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang mempengaruhi keberkesanannya. Implikasi kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pelbagai pihak berkaitan pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL) sebagai salah satu kaedah atau pendekatan sistem pendidikan masa kini dan akan datang.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.