Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Bagi Murid Pendidikan Khas: Analisis Tinjauan Literatur (School Guidance And Counseling Services For Special Education Students: Literature Review Analysis)
Keywords:
Analisis literatur, bimbingan dan kaunseling, pendidikan khas, MalaysiaAbstract
Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mewujudkan kelas-kelas pendidikan khas di sekolah-sekolah yang memerlukan. Asas keperluan ini adalah kewujudan populasi mencukupi, dalam kumpulan murid bermasalah pembelajaran seperti dikategorikan secara terperinci dalam akta tersebut. Peruntukan ini telah mendorong kepada penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Penubuhan kelas-kelas PPKI ini telah memotivasikan golongan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran yang pelbagai ke sekolah-sekolah dalam sistem pendidikan arus perdana, dan bilangan murid murid pendidikan khas ini semakin meningkat dewasa ini. Keunikan personaliti dan keperluan-keperluan pembelajaran khusus setiap murid ini menuntut satu bentuk sistem sokongan pendidikan yang bersepadu disediakan di sekolah. Natijahnya, khidmat bimbingan dan kaunseling yang tersedia dalam sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat “one size-fits-all” tidak mampu menyokong keperluan pembelajaran murid-murid pendidikan khas buat masa ini. Di samping itu, guru-guru PPKI pula tidak dilatih dengan ilmu bimbingan dan kaunseling yang sistematik sehinggakan mereka juga tidak berupaya membantu murid-murid ini dengan berkesan di sekolah. Kertas kerja ini mengupas himpuanan literatur antarabangsa dan tempatan sebagai inisiatif untuk mendapat gambaran awal bagi merangka strategi memperkasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah untuk murid-murid pendidikan khas ini. Rangkuman analisis literatur ini mampu dijadikan rujukan awal untuk merangka program bimbingan dan kaunseling sekolah khusus untuk populasi pelajar pendidikan khas tempatan.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.