Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kebolehgunaan terhadap Modul Pengajaran dalam Topik Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah (Validity And Reliability of Assessment Instruments the Applicability of Teaching Modules in the Topic of Mathematical Problem Solving in Primary Schools)
Keywords:
kebolehpercayaan, kesahan, kebergunaan, matematik, instrumenAbstract
Dalam konteks era global yang semakin kompleks, kemahiran penyelesaian masalah telah menjadi unsur yang kritikal bagi guru matematik dalam menyediakan pengajaran yang berkualiti. Walaupun pelbagai modul telah dibangunkan dan digunakan oleh guru dalam pengajaran penyelesaian masalah, tanpa adanya instrumen penilaian yang standard dan selaras, adalah sukar untuk memastikan kualiti modul-modul tersebut dinilai dengan tepat. Maka kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kebolehgunaan bagi modul penyelesian masalah matematik yang dibangunkan berdasarkan pemikiran komputasional bagi guru-guru matematik sekolah rendah. Instrumen ini direka berdasarkan Model Komponen Pengalaman Pengguna (CUE) untuk memastikan ia dapat mengukur kemudahgunaan, kepuasan, dan kebolehgunaan modul. Model CUE meneliti hubungan dalam komponen kebolehgunaan, yang merangkumi pengalaman pengguna yang bersifat instrumental, bukan instrumental, dan emosional. Melalui kaedah persampelan bertujuan, seramai 50 orang guru matematik telah dipilih untuk kajian rintis. Hasil kajian ini, menunjukkan instrumen kebolehgunaan, dalam kajian ini mempunyai nilai kesahan kandungan pakar yang tinggi iaitu dengan nilai I-CVI adalah 1.00. Seterusnya, dapatan kajian rintis, kebergunaan (Konstruk A), kepuasan (Konstruk B), dan kebolehgunaan (Konstruk C) semuanya mempunyai nilai alpha Cronbach 0.994. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan kandungan instrumen kebolehgunaan adalah sangat relevan untuk digunakan.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.