Penggunaan Strategi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Guru Prasekolah Berdasarkan Pengalaman Mengajar (Use of English Teaching Strategies as a Second Language Among Preschool Teachers Based on Teaching Experience)
Keywords:
strategi pengajaran, Bahasa Inggeris, Bahasa Kedua, prasekolah, pengalaman mengajarAbstract
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Prasekolah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang mencabar bagi guru Prasekolah yang bukan opsyen Bahasa Inggeris. Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan guru Prasekolah. Perbezaan penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris guru Prasekolah berdasarkan pengalaman mengajar turut dilaksanakan. Seramai 62 orang guru Prasekolah di seluruh Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data diperolehi melalui soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik iaitu, bahagian A: Maklumat Demografi dan bahagian B: Penggunaan Strategi Pengajaran. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) telah digunakan dalam proses analisis data. Ujian ANOVA telah digunakan bagi menentukan perbezaan penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris. Hasil kajian bagi tahap penggunaan strategi pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua oleh guru Prasekolah berada pada tahap sederhana. Manakala dapatan analisis ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan strategi Bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman mengajar guru di prasekolah. Dapatan ini menunjukkan tiada perbezaan penggunaan strategi pengajaran bahasa oleh guru prasekolah novis dan guru prasekolah yang telah lama berkhidmat. Ini menunjukkan latihan pra-perkhidmatan yang disediakan untuk bakal guru prasekolah cukup untuk menyediakan mereka dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran bahasa untuk kanak-kanak.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.