Pembangunan dan Pelaksanaan Modul Apa-Wise bagi Meningkatkan Pengetahuan Penulisan Sitasi dalam Teks dan Rujukan Gaya Apa dalam Kalangan Pelajar Kolej Matrikulasi
Keywords:
literasi maklumat, penggunaan maklumat, model ASSURE, pembangunan bahan pengajaran, pendidikan tinggi, MalaysiaAbstract
Literatur terkini menunjukkan isu plagiat semakin meningkat dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan untuk membangun dan melaksanakan modul APA-WISE bagi meningkatkan pengetahuan penulisan sitasi dalam teks dan rujukan Gaya APA dalam penulisan akademik pelajar kolej matrikulasi. Kajian ini telah menggunakan model rekabentuk pengajaran dan pembelajaran ASSURE sebagai kerangka kajian dan menggunakan kajian kaedah gabungan sebagai reka bentuk kajian serta melibatkan 17 orang pelajar kolej matrikulasi. Data kajian telah dikutip dengan menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti borang soal selidik, temubual, dokumen analisis dan ujian dan telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul APA-WISE telah berjaya membantu pelajar kolej matrikulasi menulis sitasi dalam teks dan rujukan Gaya APA yang betul dalam penulisan akademik mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa model rekabentuk pengajaran ASSURE dapat memberi panduan secara sistematik kepada para pendidik dalam merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran kursus mereka. Kajian ini mencadangkan institusi pendidikan tinggi memberi latihan secara berkala berkaitan penggunaan model ASSURE kepada kakitangan akademik mereka untuk menghasil dan melaksanakan bahan pengajaran kursus yang berasaskan kepada ciri-ciri dan keperluan pelajar, dan fokus kepada pencapaian pelajar terhadap hasil pembelajaran kursus.Downloads
Published
2025-01-06
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.