Tingkah Laku Kerjaya Ibu Bapa dan Efi kasi Kendiri Kerjaya Pelajar di Sebuah Universiti Swasta
Keywords:
tingkah laku kerjaya ibu bapa, efi kasi kendiri kerjaya, kaunseling kerjaya, universiti swastaAbstract
Perancangan dan membuat keputusan kerjaya ditentukan berdasarkan faktor personaliti, bakat dan minat merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka membuat perancangan dan keputusan kerjaya menjadi satu perkara yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Keupayaan pelajar dalam mengenal pasti potensi diri dan merancang kerjaya dengan sistematik juga bergantung kepada cara didikan dan sokongan ibu bapa. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji hubungan antara tingkah laku kerjaya ibu bapa dan efi kasi kendiri kerjaya pelajar di sebuah universiti swasta dalam membuat keputusan kerjaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan terhadap 110 orang pelajar di sebuah universiti awam dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan instrumen Career Decision Self-effi cacy- Short Form (CDSE-SF) untuk mengukur efi kasi kendiri kerjaya dan Parent Career Behavior (PCB) untuk mengukur tingkah laku kerjaya ibu bapa. Hasil analisis deskriptif bagi tahap tingkah laku kerjaya ibu bapa menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu (M=3.78, SP=0.83). Di samping itu, analisis deskriptif bagi tahap efi kasi kendiri kerjaya pelajar pula menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu (M=4.09, SP=0.66). Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang kuat (r =0.60) di antara tingkah laku kerjaya ibu bapa dan efi kasi kendiri kerjaya pelajar. Kesimpulannya, kajian ini menggambarkan bahawa tingkah laku kerjaya ibu bapa merupakan peramal yang positif terhadap efi kasi kendiri kerjaya pelajar. Implikasi kajian terhadap ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak dengan meningkatkan pengetahuan tentang maklumat kerjaya anak-anak dan kemahiran komunikasi agar dapat membantu anak-anak mempunyai masa depan kerjaya yang baik.Downloads
Published
2025-01-15
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.