Stres dalam Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) Sekolah Rendah: Satu Usulan Penyelidikan (Stress among Guidance and Counseling Teachers in Primary Schools: A Research Proposal)

Authors

  • Aziani Mat Dan
  • Abu Yazid Abu Bakar

Keywords:

bimbingan dan kaunseling, guru, sekolah rendah, stres

Abstract

Stres merupakan salah satu sebab utama mengapa berlaku peningkatan ntuk bersara awal dalam kalangan guru di negara ini, kerana stres memberi kesan kepada kepuasan kerja, keberkesanan ke atas produktiviti, dan masalah kesihatan individu. Namun, stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling (GBK) di sekolah rendah tidak begitu dititikberatkan oleh pihak-pihak berwajib. Justeru, kertas cadangan ini mengutarakan satu usulan penyelidikan untuk mengenalpasti tahap stres GBK dalam persekitaran sekolah rendah. Kajian ini akan dijalankan bertujuan menyelidiki faktor-faktor penentu stres dalam kalangan GBK sekolah rendah di daerah Petaling Perdana, Selangor. Terdapat tujuh faktor yang akan dikaji iaitu hubungan dengan ibu bapa murid, hubungan sesama rakan sekerja, bebanan kerja, kekangan masa, karenah murid, penghargaan dan sokongan dan kekurangan sumber. Kaedah soal selidik akan digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor penyumbang stres tersebut. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada pihak berkepentingan tentang stres dalam kalangan GBK serta dapat mencari jalan penyelesaian menangani stres. Usulan penyelidikan ini penting untuk direalisasikan kerana GBK berperanan besar sebagai salah satu agen utama dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Downloads

Published

2025-01-15

Issue

Section

Articles