Tahap Tekanan Keibubapaan dalam Kalangan Ibu di Malaysia (Level o f Parenting Stress Among Mothers In Malaysia)
Keywords:
tahap tekanan, keibubapaan, ibu, anakAbstract
Golongan ibu sering menghadapi tekanan yang lebih tinggi berbanding golongan bapa kerana mereka dilihat sebagai orang yang sepatutnya memikul tanggungjawab yang lebih berat dalam hal-hal berkaitan dengan anak. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap tekanan keibubapaan dalam kalangan ibu di Malaysia. Kajian ini juga menentukan perbezaan tahap tekanan keibubapaan ibu berdasarkan faktor demografi ibu, iaitu tahap pendidikan dan pendapatan ibu. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan dalam pemilihan sampel dan seramai 535 orang ibu yang mempunyai anak berumur dua hingga lapan tahun di seluruh Malaysia terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Parental Stress Scale telah digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan tahap tekanan keibubapaan. Platform Google Form telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian. Dimana, pautan Google Form telah diedarkan kepada ibu bapa melalui Whatsapp, Telegram, Messenger dan Facebook. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap tekanan keibubapaan ibu di Malaysia adalah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifi kan antara tahap tekanan keibubapaan ibu berdasarkan tahap pendidikan dan pendapatan ibu. Dapatan ini dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para ibu mengenai tekanan keibubapaan agar ibu dapat menguruskan tekanan keibubapaan secara lebih berkesan. Kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kerjasama antara ibu dan bapa adalah sangat penting dalam membesarkan anak. Oleh itu, kajian lanjutan dicadangkan agar dapat melibatkan sampel kajian secara lebih menyeluruh dan meluas dari segi latar belakang, lokasi, bangsa dan tahap pendidikan. Selain itu, dicadangkan agar analisis perbandingan tahap tekanan keibubapaan antara ibu dan bapa serta faktor-faktor yang mempengaruhinya dijalankan.Downloads
Published
2025-01-15
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.