Kepercayaan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Matematik Awal (Parents’ Beliefs in Early Mathematical Development)
Keywords:
kepercayaan ibu bapa, perkembangan matematik awal, kanak-kanak, pendapatan keluarga, tahap pendidikan ibu bapaAbstract
Kepercayaan ibu bapa merupakan salah satu aspek yang memberi kesan ke atas perkembangan dan pencapaian kanak kanak. Setiap ibu bapa mempunyai kepercayaan yang tersendiri dan unik terhadap perkembangan kanak-kanak. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal di Malaysia. Kajian ini turut melihat perbezaan tahap kepercayaan ibu bapa terhadap matematik awal berdasarkan pendapatan keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan melibatkan seramai 435 orang ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat hingga enam tahun di Malaysia melalui pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik tentang kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal telah diadaptasi melalui instrumen lepas. Data kajian dianalisis dengan Statistical Program Package for the Social Science (SPSS), menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian ANOVA Satu Hala. Dapatan menunjukkan tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berada pada tahap tinggi. Dapatan menunjukkanibu bapa di Malaysia mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap perkembangan matematik awal. Selain itu, wujud perbezaan yang signifi kan antara tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berdasarkan kategori pendapatan keluarga. Sebaliknya, tidak wujud perbezaan yang signifi kan antara tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian mempunyai implikasi untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman pelbagai pihak seperti pendidik, pengkaji atau ibu bapa tentang situasi kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal di Malaysia. Selain itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain. Cadangan kajian lanjutan boleh dibuat melalui kajian tahap kepercayaan ibu bapa terhadap perkembangan matematik awal berdasarkan konstruk.Downloads
Published
2025-01-15
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.