Penglibatan Murid Sekolah Rendah dalam PdPr Bahasa Arab (Student Engagement at Primary School During Arabic PDPR)
Keywords:
Penglibatan murid, pengalaman mengajar, PdPr bahasa ArabAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penglibatan dalam bahasa Arab murid sekolah rendah semasa PdPr di rumah. Terdapat dua pemboleh ubah yang digunakan untuk dianalisis iaitu tahap penglibatan murid dan pengalaman mengajar guru. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 48 orang guru bahasa Arab dari tujuh buah sekolah rendah daerah Johor Bahru yang mengajar tahap 1 iaitu darjah satu, dua dan tiga. Bagi mencapai tujuan kajian ini, kajian tinjauan keratan rentas ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah digunakan sesuai dengan kerangka persampelan. Perisian IBM SPSS versi 22.0 telah digunakan untuk menganalisis data kajian ini secara deskriptif, seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan menunjukan penglibatan murid semasa tempoh PdPr adalah di tahap sederhana. Manakala analisis ujian ANOVA yang dilakukan membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifi kan antara tahap penglibatan murid berdasarkan pengalaman mengajar guru. Justeru, pihak yang terlibat seperti tenaga pengajar, pihak sekolah dan ibubapa perlu mengambil inisiatif untuk turut serta memperbaiki keadaan ini secara bersama. Melalui kajian tahap penglibatan murid dan pendekatan pengajaran ini diharapkan dapat membantu pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), penyedia dasar, penulis buku teks, dan guru-guru agar mampu melaksanakan pendekatan yang bersesuaian dengan situasi semasa.Downloads
Published
2025-01-15
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.