Pembelajaran Teradun Sebelum Pandemik dan Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik: Satu Perspektif Jangka Panjang
Keywords:
Kata kunci, COVID-19 Pandemik, E-Pembelajaran, Pembelajaran Dalam Talian, Pembelajaran BersemukaAbstract
Penilaian portal E-Pembelajaran adalah penting bagi membolehkan penyampaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi satu-satu kursus dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Penilaian kepada portal E-Pembelajaran bukan hanya dilakukan sekali sahaja, malahan ianya hendaklah diadakan secara berterusan. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar berkaitan penggunaan portal E-Pembelajaran sebelum dan semasa pandemik COVID-19. Kajian ini dilakukan di salah sebuah universiti awam di Malaysia dan melibatkan penyertaan pelajar dari dua kohort yang berlainan pada tahun 2016 (n = 805) dan tahun 2020 (n = 1027). Antara aspek penilaian yang diberikan perhatian adalah pembelajaran teradun dan pembelajaran dalam talian sepenuhnya, pengurusan pembelajaran kendiri pelajar, prestasi pembelajaran pelajar, kualiti bahan pembelajaran, kualiti komunikasi, dan tahap minat pelajar ketika menggunakan portal E-Pembelajaran. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar dari kedua-dua kohort telah memberikan maklum balas positif kepada penggunaan portal E-Pembelajaran dalam mendokong aktiviti pembelajaran sedia ada. Dalam pada itu, hasil kajian juga turut memperlihatkan bahawa kedua-dua kohort pelajar lebih mengutamakan pembelajaran bersemuka berbanding pembelajaran dalam talian, sebelum dan semasa pandemik. Kajian akan datang disarankan untuk melihat keberkesanan penggunaan portal E-Pembelajaran secara menyeluruh, termasuklah dari persepktif tenaga pengajar, pentadbir, dan agensi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Downloads
Published
2025-05-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.