Pemulihan Murid Sekolah Rendah dalam Celik al-Qur’an dengan Menggunakan Kaedah IFTaR
Keywords:
Kata Kunci, IFTaR, Iqra’ Fast Track Rosnani, teori pembelajaran, pedagogi, Program Pemulihan Celik al-Qur’anAbstract
Al-Qur’an mengandungi petunjuk bagi kehidupan Muslim maka oleh itu celik al-Qur’an adalah wajib bagi mereka. Dalam kontek Malaysia, terdapat tiga kaedah utama yang digunakan untuk mempelajari membaca al-Qur’an iaitu kaedah Muqaddam, kaedah Qiraati, dan kaedah Iqra’ (KPM). Kajian kepustakaan daripada perspektif guru Pendidikan Islam, mendapati ramai murid sekolah rendah dan menengah masih belum menguasai bacaan al-Qur’an. Murid menghadapi masalah di peringkat asas sebelum tajwid. Kajian tentang bacaan al-Qur’an yang dilakukan jarang meneliti punca masalah, terutama dari sudut teori pembelajaran dan ilmu pedagogi. Kajian kepustakaan menunjukkan bahawa tiga kaedah utama sedia ada mempunyai masalah dari segi organisasi pelajaran dan pedagogi. Kajian ini meneroka kemajuan 12 orang murid kelas pemulihan Tahun Enam dengan menggunakan kaedah baharu, Iqra’ Fast Track (IFTaR) yang dicipta berlandaskan teori pembelajaran dan prinsip pedagogi. Metodologi kualitatif kajian kes menggunakan pemerhatian peserta dan temubual yang terperinci telah digunakan. Murid telah diajar semasa pasca UPSR secara intensif selama 2.5 jam sehari selama 8 hari. Dapatan kajian menunjukkan murid boleh membaca Bahasa Arab dan al-Qur’an, dan mendapati mereka mendapati kaedah IFTaR lebih mudah bagi pengenalan huruf dan perubahan bentuknya, mengeja dan membaca dan menyeronokkan. Kejayaan ini adalah buah daripada dua unsur penting, iaitu buku teks berdasarkan teori dan organisasi kurikulum dan pedagogi guru yang kreatif dengan melibatkan empat kemahiran bahasa melalui aktiviti imlak dan sebagainya. Kajian ini juga membincangkan batasan penyelidikan dan kepentingan dapatannya. Penyelidik menyarankan kajian kuantitatif berbentuk eksperimen dilaksanakan untuk pembuktian yang lebih kukuh.Downloads
Published
2025-05-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.