Matlamat Pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan dan Kedah dalam mengekalkan Identiti Kurikulum Utama
Keywords:
Matlamat pendidikan, Sekolah Agama Rakyat, kurikulum, identiti kurikulum utamaAbstract
Sekolah Agama Rakyat (SAR) menggunakan Kurikulum Diniah sebagai identiti kurikulum utama yang mengutamakan keseimbangan kepada penguasaan ilmu agama Islam bercorak Turath dan pembangunan sahsiah. Hal ini telah memberi kepercayaan masyarakat terhadap kelangsungan SAR melalui pertambahan jumlah sekolah dan jumlah murid pada setiap tahun. Namun, masih wujud kekangan yang dihadapi oleh SAR dari segi identiti kurikulum utama. SAR telah mula kehilangan kurikulum Diniah yang menjadi identiti penting sejak zaman-berzaman. Kurikulum mata pelajaran pendidikan Islam dalam Kurikulum Kebangsaan dilihat berbeza dengan kurikulum mata pelajaran SAR. Selain mengalami perubahan isi kandungan, bahasa Arab juga didapati tidak lagi dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah agama. Mekanisme pelaksanaan dalam peruntukan masa dan pengkategorian mata pelajaran turut diabaikan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan matlamat pendidikan SAR di Kelantan dan Kedah dalam mengekalkan identiti kurikulum utama. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara analisis bertema yang melibatkan temu bual dengan enam orang informan daripada dua kumpulan sasaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa SAR di Kelantan dan Kedah berjaya mengekalkan identiti kurikulum utama mereka melalui komitmen yang kuat terhadap pendidikan agama dan sokongan padu dari komuniti. Pendidikan SAR mampu menghasilkan pelajar yang memahami dan menguasai ilmu agama Islam secara mendalam, memberikan keseimbangan akademik dan sahsiah Islam, menyediakan kemahiran dan menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara.Downloads
Published
2025-05-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.