Penerapan Kemahiran Empati Sejarah Sekolah Rendah
Keywords:
Penerapan, Empati sejarah, PdP Sejarah, Kesediaan, KekerapanAbstract
Kemahiran empati sejarah merupakan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang perlu dikuasai oleh semua murid termasuklah di sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian ini mengkaji penerapan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah di Sarawak. Penerapan kemahiran empati sejarah ini dilihat melalui dua aspek iaitu tahap kesediaan guru serta tahap kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 113 orang guru sejarah sekolah rendah di Sarawak sebagai responden. Responden kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen soal selidik dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif (skor min dan sisihan piawai) menggunakan perisian SPSS 25.0. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (min = 4.07 dan S.P = 0.574). Begitu juga, tahap kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (min = 4.21 dan S.P = 0.553). Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara tahap kesediaan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP sejarah sekolah rendah berdasarkan gender serta tidak terdapat perbezaan antara kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP sejarah sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru perlu memperkukuhkan kompetensi diri terutamanya dari aspek pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan yang baharu dalam usaha menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah.Downloads
Published
2025-05-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.