Pembangunan Model Pengajaran “M-Mam’ Melalui Aplikasi Mudah Alih Membaca Untuk Kanak-Kanak Prasekolah: Ulasan Teori

Authors

  • NURUL AIN ABDUL RAHMAN
  • NOR AZAH ABDUL AZIZ
  • MAZLINA CHE MUSTAFA

Keywords:

pembangunan model pengajaran, kerangka teori, aplikasi mudah alih, membaca, kanak kanak prasekolah

Abstract

Kajian ini bertujuan memberi ulasan berkaitan kerangka teori yang digunakan bagi membangunkan model pengajaran “M-MAM” melalui aplikasi mudah alih membaca untuk kanak-kanak prasekolah. Data diperoleh melalui analisis kandungan berkaitan Teori Pengajaran Robert Gagne (1985) melalui kajian Haiza Hayati (2022), Strategi Pembelajaran IEPC (Wood, 2002), Dual-Coding Theory (Paivio,1971) dan Teori Konstruktivisme yang digunakan sebagai panduan kepada pembangunan model ini. Gabungan ketiga-tiga teori ini dalam pembangunan model ini melalui aplikasi mudah alih membaca kanak-kanak akan membentuk sebuah model pengajaran kemahiran membaca yang menyeluruh dalam meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah dan juga kualiti pengajaran guru. Oleh iu, kertas kajian ini mencadangkan bahawa model pembangunan pengajaran perlu menjadikan teori-teori berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran yang seimbang dari aspek penjagaan kualiti pengajaran guru dan kualiti pembelajaran murid.

Downloads

Published

2025-05-30

Issue

Section

Articles