Pengaruh Gaya Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, Persekitaran Ibu Bapa, Status Sosioekonomi dan Minat terhadap Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Sains Pelajar Tingkatan Dua (Influence of Learning Style, Learning Environment, Parental Environment, Socioeconomic Status and Interest on Form Two Students’ Science Higher Order Thinking Skills Mastery)
Keywords:
Gaya Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, Persekitaran Ibu Bapa, Status Sosioekonomi, Minat KBATAbstract
Penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) perlu diterapkan dan dipraktiskan seawal mungkin bagi membolehkan murid menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan mereka seharian. Walaupun KBAT telah lamadiperkenalkan dalam silibus mata pelajaran sains di sekolah, namun penguasaan maksimum KBAT dalam kalangan pelajar masih perlu ditambah baik. Oleh yang demikian, kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains bagi pelajar tingkatan dua telah dilaksanakan. Kajian tinjauan telah dijalankan di seluruh Malaysia melibatkan 600 pelajar Tingkatan Dua. Data telah dianalisis menggunakan SPSS dan juga teknikPartial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran, persekitaran pembelajaran, status sosioekonomi, minat dan penguasaan KBATpelajar dalam mata pelajaran sains. Namun, hubungan persekitaran ibu bapa didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan bagi penguasaan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains. Faktor gaya pembelajaran juga didapatimemberi sumbangan paling penting kepada penguasaan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains berbanding persekitaran pembelajaran, status sosioekonomi dan minat. Akhir sekali, penerapan elemen-elemen model struktur ini kepada pelajar tingkatan dua dijangka mampu memberi sumbangan kepada pelajar dalam meningkatkan penguasaan KBAT mereka bagi mata pelajaran Sains. Faktor-faktor ini juga dapat memberi kesan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Downloads
Published
2025-11-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.