Meningkatkan Ingatan dan Kefahaman Murid Tahun 5 dalam Litar Elektrik melalui Mnemonik dan Pembelajaran Aktif (Enhancing Year 5 Students’ Memory and Understanding of Electric Circuits through Mnemonics and Active Learning)
Keywords:
Mnemonik, Pembelajaran Aktif, Litar Elektrik, Ingatan MuridAbstract
Pembelajaran aktif menggunakan teknik mnemonik Libesala dan Lisedula dapat memudahkan ingatan murid terhadap konsep litar selari (dua laluan) dan gabungan teknik ini dapat meningkatkan pemahaman konsep asas litar elektrik dalam kurikulum sains sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik keberkesanan penggunaan teknik mnemonik dalam meningkatkan ingatan dan pemahaman murid Tahun 5 mengenai konsep litar elektrik, khususnya litar bersiri dan litar selari. Kajian ini dijalankan di SK Merotai Besar, Tawau, Sabah, melibatkan 30 murid Tahun 5 sebagai sampel. Rekabentuk kajian menggunakan pendekatan kajian tindakan dengan empat kaedah pengumpulan data: ujian pra dan pasca, nota pemerhatian, temu bual, dan analisis lembaran kerja. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi murid selepasintervensi, dengan skor ujian pasca yang lebihtinggi. Data pemerhatian dan temu bual mengesahkan keberkesanan teknik ini dalam meningkatkan minat murid terhadap Sains. Aktiviti interaktif dan praktikal dalam pembelajaran aktif turut menyumbang kepada penglibatan murid. Kajian ini membuktikan bahawa penggabungan mnemonik dan pembelajaran aktif dapat membantu murid memahami konsep abstrak, sekali gus meningkatkan prestasi akademik,terutama di kawasan luar bandar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa teknik mnemonik sangat sesuai untuk mengajar konsep abstrak dan sukar difahami dalam subjek Sains di sekolah rendah. Teknik ini membantu meningkatkan ingatan murid, memudahkan pemahaman konsep kompleks, serta memperkaya pengalaman pembelajaran secara interaktif, terutamanya di kawasan luar bandar dengan sumber pendidikan terhad.Downloads
Published
2025-11-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright of the article and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) Licence that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g. in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).
It is the author’s responsibility to ensure that his or her submitted works do not infringe any other existing copyright. Authors should obtain letters of permission to reproduce or adapt copyright material and enclose copies of these letters with the final version of the accepted manuscript.
The author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty.