Strategi Pembelajaran Tatabahasa dan Hubungannya dengan Pengetahuan Sedia Ada Bahasa Arab

Authors

  • ARWA MOHD NADZRI
  • HARUN BAHARUDIN

Keywords:

Tatabahasa, strategi pembelajaran Tatabahasa, pengetahuan bahasa Arab sedia ada

Abstract

Ilmu tatabahasa Arab merupakan asas penting dalam penguasaan bahasa kerana ia menumpukan kepada struktur ayatdan fungsi kata dalam konteks. Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara strategi pembelajaran Tatabahasadengan pengetahuan bahasa Arab sedia ada dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) didaerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen danmelibatkan 97 orang pelajar tingkatan lima yang dipilih melalui pensampelan rawak strata berkadaran daripadapopulasi keseluruhan yang berjumlah 133 orang pelajar. Hasil analisis menggunakan ujian korelasi Spearman’s Rhomenunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara strategi pembelajaran Tatabahasa dan pengetahuanbahasa Arab sedia ada, dengan nilai r = 0.79 dan p < 0.001, menandakan kekuatan hubungan yang tinggi. Dapatan inimengesahkan bahawa aplikasi strategi pembelajaran Tatabahasa yang berkesan mempunyai hubungan dalammerangsang perkembangan pengetahuan bahasa Arab pelajar, sejajar dengan teori Pawlak (2018) yang menekankanperanan strategi tatabahasa dalam mengembangkan pengetahuan eksplisit dan tersirat serta memperkukuh pemahamanmelalui maklum balas pembetulan. Implikasinya, guru bahasa Arab disarankan untuk merancang pengajaranTatabahasa secara strategik dan kontekstual bagi memperkasa kemahiran berbahasa pelajar, khususnya dalam aspekpertuturan dan penulisan.

Downloads

Published

2025-11-30

Issue

Section

Articles